CUMA RM5

CUMA RM5

Jalan di situ berlopak-lopak besar,terhinjut-hinjutToyota Corolla Altis 1.8 ini dilambung graviti. Ery duduk disebelah sudah berapa kali bangun tidur,dengkurnya makin menjadi. Siaran radio sekejapberbunyi, bercampur-campur. Sekejap radio perak,sekejap kedah mengikut lambungan kereta lagaknya.

Aku terpaksa memperlahankan kereta melalui satu perkampungan nelayan yang kotor, beberapa budak-budak kecil dengan muka yang comot dan hingus kering di muka berlari-lari. Seorang daripadanya tidak berseluar langsung,geli.

Ada orang tua berbasikal mengangkat tangan memberi salam. Aku menaikkan cermin kereta, melepaskan rengusan garang.

Ery sudah bangun, mengesat-ngesat mata, menggeliat kasar.Mengeluarkan bunyi seperti kerbau. Perempuan sopannya cuma didepan jantan, tersipu-sipu dan bersimpuh malu. Hipokrit ini cuma tahu bersolek dan berdandan bila mahu keluar, di rumah dia seperti
perempuan baru beranak, t-shirt goboh dengan kain pelekat senteng dan rambut usai seperti orang gila, mengeluarkan bau hapak dan masam.

Ada sebuah jeti buruk disitu. Beberapa nelayan baru sampai dari laut disambut peraih-peraih buncit.Memunggah ikan. Ery sudah separuh menggelepar diluar meliar mata mencari Shafik, tunangnya. Aku duduksahaja di dalam kereta. Aku bencikan pantai hanyir seperti ini.

Beberapa gadis bertudung labuh lalu dengan menaiki basikal dan memberi senyuman.Aku menghempas pintu serta merta. Memang benar.
Perempuan kolot seperti mereka itu, patut dijerukkan saja di tempat busuk ini.Tolol!

[Read more…]

Pin It on Pinterest