CONTEST : Apa Saya Nak Buat Kalau Diberi RM100

Assalamualaikum semua…

Hari ni aku nak tolong promote satu contest yang di anjurkan oleh salah seorang sahabat baik.Mesti ramai dah kenal kan sape sahabat yang aku maksudkan tu.

Tanpa membuang masa aku akan ceritakan serba sedikit pasal CONTEST : Apa Saya Nak Buat Kalau Diberi RM100.

Contest ini bermula pada hari ini..Dianjurkan bertujuan suka-suka sambil melihat bakat anda dalam penulisan..Pemenang akan dinilai dari segi cerita yang menarik.

[Read more…]

Contest Baru Pulak

Salam semua….

Malam ni aku tergerak nak join contest pulak,hehehe.Saja nak cuba sebab sebelum ni aku belum pernah join contest yang melibatkan gambar yang cun-melecun dengan erti kata lain sudah di edit baik punya dengan photoshop.

Kat mana aku dapat tahu contest ni ek,tadi aku ke blog Nine,ade lak update terbaru dia dengan tajuk “Contest Baru Pulak”.Cepat-cepat la aku baca entri dia tu.

Contest ni di anjurkan oleh http://kameraxburuk.blogspot.com/.Korang boleh la tengok syarat² contest ni di sini

[Read more…]

Contest Oh Kunci! by Arieza!

Oh kunci….
Kerana kunci aku berada disini,
Kerana kunci aku terkunci,
Terkunci di hati nun jauh di sana,
Menanti sebuah kehidupan yang terkunci,
Namun apa daya kau hanya kunci,
Yang mengajar aku erti sebuah kebebasan,

Saat ku terlena,
Melewati mimpi-mimpi indah bersamamu,
Adakah kau masih mengimbau kenangan indah bersamaku,
Gurau senda…senyuman manismu,
Apakan daya,
kita berjumpa di dalam mimpi sahaja,
cukuplah walau hanya seminit,
masa yang singkat tak bermakna terpisah selama-lamanya,

Andai hatiku terluka,
Janganlah kau terluka sama,
Ku tahu engkau amat tabah,
Sabar adalah kunci di dalam sandiwara ini,
Biarlah hari-hari berlalu dengan girangnya,
walaupun tanpa ku di sisi,
walaupun jauh di mata,
namun kita dekat di hati,

Andai dapat ku undurkan masa,
Ingin ku bawa mu ke ruang angkasa,
yang bebas tanpa terkunci,
yang selamat untuk kita berdua,
hanya kita berdua….,
Mungkinkah bahagia itu milik kita,
Mungkinkah cinta itu mula menyinar,
Mungkinkah kunci tidak lagi menghalang,
Oh…baru ku sedar,
Segala-galanya telah berubah,
Rona-rona kehidupan berlegar-legar,
Menyaksikan sepasang kekasih menjalinkan cinta,
Bahagia akan pasti menjadi milik kita bersama,

Oh…Kunci,
Terima kasih kerana menemukan aku dengan si dia,
Aku terhutang budi denganmu oh..kunci,
Keranamu aku menemui cinta,
Walaupun dulu ku tidak tahu erti cinta,
Kini,Cinta itu terlalu indah buatku,
Moga hidupku bahagia,
Terima kasih sekali lagi oh kunci…..

>>> Jom Join Contest Oh Kunci! by Arieza!

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL ,macam tu la tajuk terbaru di blog ni.Kita semua mesti pernah mengalami situasi GAGAL dalam sesuatu perkara kan tak kisah la di dalam alam percintaan atau alam pekerjaan atau perniagaan,dengan perkataan GAGAL itu sahaja sudah cukup memberi kesan impak yang amat mendalam di dalam hidup seseorang

Dari pengertian aku ,maksud GAGAL ni adalah apabila kita tidak mencapai sesuatu yang kita inginkan atau idamkan,membawa kepada keGAGALan serta kecundang dan terlepas peluang di hadapan mata kita

Tanpa membuang masa,Aku sedang menyertai contest yang di anjurkan oleh Denaihati yang bertajuk Hidup Berani Untuk Gagal.Contest ini di sponsorkan oleh DSGClicks,Berani Gagal Network,One Malaysia Blogshops,Anisha Online Mall dan Saudacare

Antara syarat-syarat untuk menyertai contest ni adalah setiap peserta atau blogger yang berminat menyertai contest ni diwajibkan menulis satu entri bebas di blog atau weblog masing – masing dengan tajuk Hidup Berani Untuk Gagal dengan harapan contest ini juga dapat merangsang MINDA BAWAH SEDAR kita untuk terus mengharungi 2010 yang lebih mencabar

Pemenang akan dinilai berdasarkan ranking TOP 10 di enjin carian Google dengan kata kunci Hidup Berani Untuk Gagal dan pemenang akan diumumkan 2 minggu selepas tarikh tutup (akan diberitahu) nanti…

[Read more…]

Pin It on Pinterest