Kenali Jenis – Jenis Panel Kawalan Web Hosting

Assalamualaikum

Setelah kita mengetahui Tips Pemilihan Hosting , Perbezaan Antara Linux Hosting dan Windows Hosting Nama Domain Yang Baik dan juga Perbezaan Antara Parked, Sub dan Add-On Domain,banyak kali terjumpa perkataan cPanel.

cPanel ni adalah salah satu jenis Panel Kawalan (Control Panel) Web Hosting. Apa pula yang dimaksudkan dengan Panel Kawalan ni ? Panel kawalan (Control Panel) ialah perisian yang digunakan dalam Web Hosting bagi memudahkan pengendalian pelayan. Jenis panel kawalan adalah penting dalam menentukan aspek kemudahan sesebuah Web Hosting. Terdapat banyak jenis panel kawalan yang terdapat dalam pasaran antaranya ialah seperti Plesk, Ensim, Helm, DirectAdmin, CPanel dan lain-lain. Sila rujuk pembekal Web Hosting anda bagi mengetahui jenis panel kawalan yang digunakan mengikut pakej yang dibeli.

Di bawah ni senarai jenis-jenis panel kawalan yang biasa digunakan dalam industri Web Hosting:

Pleask

Plesk ialah panel kawalan yang dibangunkan oleh SWsoft untuk pelayan Window dan Linux. Ia mengandungi banyak sokongan perisian seperti SpamAssassin, Application Pack, Helpdesk, Tomcat, ColdFusion, dan MSSQL. Plesk direka untuk memudahkan pengurusan dan pentadbiran laman web. Panel kawalan ini banyak digunakan dalam pelayan jenis khusus (Dedicated Server) bagi mengurangkan kos dan penggunaan sumber sambil meningkatkan kemampuan dan kecekapan.

[Read more…]

Tutorial Install WordPress Menggunakan Fantastico

Assalamualaikum..

Untuk menunaikan permintaan email dari pembaca setia blog wazy84.com,pada kali ni saya akan tunjukkan satu tutorial yang tidak asing lagi bagi semua blogger yang menggunakan domain self-hosting iaitu Install WordPress Menggunakan Fantastico.Sebelum tu mari kita kenali apa itu Fantastico.

Fantastico ialah perisian yang mengandungi set skrip popular bagi membolehkan pengendali web memasang skrip-skrip berguna ke dalam tapak web dengan mudah. Dengan hanya beberapa klik, anda boleh menyediakan sebuah laman web lengkap seperti sistem pengurusan kandungan (CMS), sistem e-dagang, forum, galeri, dan lain-lain. Anda boleh memasang skrip-skrip ini seberapa banyak yang mungkin di dalam hosting selagi ruang storan mencukupi.

Kebanyakan pembekal hosting ada menyediakan fastastico dengan percuma dan ia boleh diakses melalui akaun cPanel.

Berikut adalah senarai skrip-skrip yang biasa terdapat dalam panel kawalan cPanel Fastastico:

Blog – b2evolution, Nucleus, pMaching Free, WordPress

Pengurusan Kandungan – Drupal, Geeklog, Joomla, Mambo, PHP-Nuke, phpWCMS, phpWebSite, Post-Nuke, Siteframe, TYPO3, Xoops

Sokongan Pelanggan – Crafty Syntax Live Help, Help Center Live, osTicket, PHP Support Tickets, Support Logic Helpdesk, Support Services Manager

Forum – phpBB2, SMF

E-Dagang – CubeCart, OS Commerce, Zen Cart

F.A.Q. – FAQ/MasterFlex

Buku Tetamu – ViPER Guestbook

Galeri Imej – 4Images Gallery, Coppermine Photo Gallery, Gallery

Mailing Lists – PHPlist

Survey – Advanced Poll, phpESP, PHPSurveyor

Wiki – TikiWiki, PhpWiki

[Read more…]

Pin It on Pinterest