Plugin Waktu Berbuka Untuk WordPress

Assalamualaikum semua

Update pada kali ni aku nak buat review tentang Plugin Waktu Berbuka Untuk WordPress yang di hasilkan oleh rakan iaitu Mr Kay.Memandangkan aura Ramadhan dah semakin hampir (ketika entri ni ditulis).Aku nak tolong promotekan juga plugin ni kepada semua rakan-rakan blogger yang menggunakan platform wordpress.

Cara Install

  1. Muat turun di sini
  2. Upload folder `waktu-berbuka` dan semua file di dalamnya ke direktori `/wp-content/plugins/` anda.
  3. Aktifkan plugin ‘Waktu Berbuka’ melalui menu ‘Plugins’ di WordPress anda.
  4. Tarik dan masukkan Widget “Waktu Berbuka” ke Sidebar Widget Panel di panel admin WordPress anda.
  5. Set tajuk untuk widget and dan Pilih lokasi anda pada widget setting dan “Save”. Widget “Waktu Berbuka” akan muncul di sidebar anda.

ATAU

  1. Klik pada menu Plugins ->Add New pada laman admin wordpress anda.
  2. Taip “waktu berbuka” dalam kotak yang disediakan dan klik butang Search Plugins.
  3. Klik pada Install now (Lihat imej di bawah) dan aktifkan plugin anda.

Kredit kepada : Mr Kay & Kay`s Worpress Lab

Update 15/08/2010

Kepada pengguna blogspot,korang dah boleh menggunakan widget html waktu berbuka ,korang boleh ke sini

Pin It on Pinterest