Koleksi SMS Raya

Assalamualaikum…

Hari ni aku update ringkas je kat blog kesayangan ni,dari malam raya hari tu,banyak aku terima sms raya dari rakan-rakan,jutaan terima kasih yer untuk korang semua sebab sampaikan ucapan hari raya guna sms.Jadi kat sini aku nak berkongsi la dengan korang sms-sms tu.Jom kita lihat satu persatu :-

Ramadhan bakal beransur pergi,
Syawal menjelma di aidilfitri,
Seikhlas hati menyusun jari,
memohon dimaaf kekhilafan diri,
‘Salam Aidilfitri, maaf zahir batin’

Di Aidilfitri mulia,maaf dipinta andainya :
TERkasar bahasa..
TERsilap bicara..
TERmarah yang tak kena..
TERtanya tak tentu hala..
TERsasul yang tak sengaja..
TERpukul kat mana-mana..
TERpekik di telinga..
TERhantuk di kepala..
TERpinjam harta benda..
TERmoody tak semena-mena..
TERumpat bila-bila..
TERusik yang sengaja
dan macam-macam lagi TER yang ada.
Selamat Hari Raya,Maaf Zahir Dan Batin.

Bakar Lemang Sambil Berdiri,
Kacau dodol menari-nari,
Nak hantar kad raya posmen dah cuti,
Sms aje pengganti diri.
Selamat Hari Raya Aidilfitri

Tunggu-tunggu rayo dah dokek,
Baka lomang robuih ketupek,
Nak anta kad rayo dah tak sompek,
Anta sms yo yang copek.
Selamat Hari Raya,Maaf Zahir Dan Batin

[Read more…]

Pin It on Pinterest