Selamat Hari Pekerja 1 Mei 2010

Assalamualaikum semua…

Hari ni merupakan Hari Pekerja yang disambut pada 1 Mei setiap tahun,Pada kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja untuk semua yang bekerja.

Gambar ikhsan dari Google

Kat bawah ni aku ambil petika dari BERNAMA tentang sambutan Hari Perkerja :-

“Pekerja Berinovasi Pemacu Transformasi”  Tema Rasmi Hari Pekerja 2010

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) — “Pekerja Berinovasi Pemacu Transformasi” dipilih sebagai tema rasmi sambutan Hari Pekerja 1 Mei 2010, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata tema ini dipilih kerana ia mencerminkan betapa pentingnya peranan warga kerja membudayakan kreativiti dan inovasi dalam usaha merealisasikan transformasi negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

“Kerajaan amat peka dan prihatin dalam merangka dasar-dasar dan strategi demi menjaga kesejahteraan, keselamatan dan keselesaan rakyat khususnya warga pekerja yang telah banyak menyumbang bakti kepada pembangunan negara.

“Kita sedar kemakmuran dan keharmonian yang dicapai pada hari ini adalah hasil daripada kerjasama erat antara pekerja, majikan dan kerajaan.

“Justeru, semua pihak wajar mengekalkan persefahaman pintar ini sebagai model terbaik negara untuk terus bergerak ke hadapan,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

[Read more…]

Pin It on Pinterest