Selamat Menyambut Hari Guru 2011

Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia

Saban tahun,setiap 16 Mei,kita akan meraikan Hari Guru,tanpa guru,siapalah kita pada ketika ini,pengorbanan seorang guru amat bermakna buat kita semua.Aku ambil sedikit perutusan Hari Guru 2011 dari Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,harap-harap ianya dapat memberi manfaat buat kita semua.

Gambar dari http://mynewshub.my/

Betapa mulia darjat guru sehingga 16 Mei setiap tahun dikhususkan sebagai hari menterjemah rasa penghormatan yang amat tinggi kepada tuan-puan warga pendidik sekalian. Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada semua warga guru atas jasa bakti yang tidak pernah mengenal erti jemu dan lelah dalam usaha mendidik anak-anak bangsa yang amat memerlukan ilmu bagi memajukan diri, agama, bangsa dan negara.

Pendidikan merupakan wadah utama menentukan perkembangan kemajuan dan kemakmuran negara. Pendidikan menjadi peneraju dalam membangunkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan berkeperibadian mulia. Sejarah telah membuktikan pendidikan berjaya membina tamadun sesebuah masyarakat dan menjamin keutuhan sesuatu empayar. Kegemilangan zaman empayar Rom, keagungan kerajaan Islam Abbasiyah dan kemasyhuran Dinasti Ming di China dicapai melalui kepesatan pelbagai bidang ilmu, termasuk bidang sains dan teknologi.Siapalah yang dapat menafikan bahawa sesungguhnya tunjang utama dalam kemajuan pendidikan tidak lain dan tidak bukan adalah guru.
[Read more…]

Pin It on Pinterest