Hatiku Milikmu

Hatiku Milikmu

Semakin kuusir semakin ia hadir,Semakin kulupakan, semakin ia membelenggu fikiran,Kusedar kini,HATIKU MILIKMU.Biarpun jauh kularikan diri,Namun ia tetap melingkar di tangkai naluri..(Bosan! Serabut! Boleh blahlah kau Asiah Yusro! aku tak nak seksa perasaan aku lagi) hati Umar merintih pedih. Penantian itu satu penyiksaan. Bertahun-tahun lamanya dia menanti handsetnya berirama dengan satu mesej kepastian daripada gadis itu. Bertahun-tahun itu jugalah jiwanya sentiasa resah. Entah bila penantiannya akan berakhir dengan satu jawapan.Entah bila!

“Umar, kau nak beli sim card baru, kan?” soal Fathil tatkala melihat teman sebiliknya itu asyik membelek-belek handset..

Umar mengangguk ringkas.

“Beli yang aku punya je lah,” tawar Fathil.

“Separuh harga?” acah Umar.

“Beres. Kau nak sekarang ke?”

“Tak nak” Umar acuh tak acuh.

“Cis, buang karen je!” bentak Fathil.

“Bukan tak nak beli tapi tak nak kau main-mainkan aku. Kau nak jual betul-betul ke ni?” Umar meragui.

“Muka hensem aku ni ada gaya penipu ke?” Fathil berwajah serius.

[Read more…]

Pin It on Pinterest