Berakhir Sudah Sebuah Penantian

Assalamualaikum semua…

Apabila tengok tajuk lain macam je kan,yer pada entri kali ni agak personal skit la.Dah nama pun Berakhir Sudah Sebuah Penantian.Penantian apa tu wazy ? ha..jom aku ceritakan dengan lebih mendalam lagi.Berikutan tajuk entri Apabila Bos Sengal.. yang aku publish tidak lama dahulu,aku pun nekad la mencari pekerjaan lain.Alhamdulillah berkat doa aku ,keluarga dan rakan-rakan akhirnya aku berjaya juga mendapat kerja baru.

Semalam 18/8/2010 adalah hari terkahir aku bekerja di cyber cafe.Mesti ramai dah tahu pahit manis selama aku bekerja di cyber cafe tu kan ? jadi tak payah la aku ceritakan lagi pada kali ini.Walaupun hati aku berat nak meninggalkan pekerjaan lama ni,tapi aku nekad jer sebab masa depan adalah amat penting.Kalau dari sekarang aku tak berubah,bila lagi ye tak ?

Apabila tengok gambar duit ni ,mesti berkaitan juga dengan kerja juga kan.Hehehe walaupun kerja baru ni gaji dia tak seberapa tapi Insya Allah satu hari nanti naik juga gaji dan ayng penting terjamin.memang diakui zaman sekarang ni semuanya kena ada duit,nak masuk tandas pun kena bayar rm0.30 kan.Jadi dengan langkah drastik,aku terpaksa meletak jawatan untuk menerima kerja baru ni.Mudah-mudahan rezeki aku akan bertambah lagi.Amin….

Aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang sentiasa menyokong aku tak kira semasa susah dan senang,jasa kalian akan aku kenang sampai bila-bila.Tak lupa juga kepada keluarga aku yang turut memberi sokongan.

Kemungkinan aku akan sibuk sedikit kerana kerja baru ni tak bergantung kepada komputer sepenuhnya.Jadi Blog kesayangan aku ni akan aku pantau selepas habis waktu bekerja.Rakan-rakan blogger jangan lupa la yer melawat blog ni,walaupun aku sibuk bekerja selepas ni,korang jangan risau,aku akan tetap membalas kunjungan ke blog korang ok.

Akhir sekali doakan aku berjaya di dalam pekerjaan baru ni.Terima kasih kawan-kawan,tanpa korang tatau la apa yang akan terjadi pada aku sekarang ni

Pin It on Pinterest