Sesi Persekolahan 2011 Bermula

Assalamualaikum Semua…

Pada hari ni Isnin 3 Januari 2011 ,sesi persekolahan pada tahun 2011 telah pun bermula.Mesti ramai di antara ibu bapa mengambil cuti untuk menghantar anak-anak ke sekolah bagi yang mula melangkah ke alam persekolahan,tak kira la masuk ke tadika atau pun darjah satu.

Pagi tadi sempat gak la jeling-jeling sekolah yang berada di sekitar sini dan semuanya bergaya dengan beg,baju,seluar dan kasut serba baru,teringat zaman-zaman persekolahan pulak jadinya,hehe.Seriuos budak-budak zaman sekarang ni untung sebab mak ayah temankan di dalam kelas di hari pertama persekolahan.Dulu ayah saya selepas bayar yuran semua terus tinggalkan saya di dalam kelas,hanya tuhan saja la yang tahu macam mana perasaan tu.Nasib baik la ramai kawan-kawan yang saya kenal,takde la risau sangat dan yang penting kenangan itu akan saya ingat sampai bila-bila.

Di bawah ni gambar ketika sekolah menengah,kalau rakan-rakan sekalian rajin,cuba teka di mana saya ?

[Read more…]

Pin It on Pinterest