Slot Akasia Tiramisu Di Tv3

Assalamualaikum semua

Menyusuli ‘Seribu Kali Cinta’, slot Akasia bakal menayangkan sebuah lagi siri drama cinta romantis, ‘Tiramisu’ lakonan hebat Sharifah Amani, Pierre Andre, Tania Hudson, Zain Ruffedge, Mia Sara Nasuha dan Sheila Mambo mulai 27 Disember 2010. Atas permintaan ramai, siri drama slot Akasia akan bertukar siaran dari jam 6.30 petang ke 7.00 malam, setiap hari Isnin hingga Khamis.

Menurut Puan Nurul Aini Abu Bakar, Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama, TV3 & TV9, “Slot Akasia sentiasa mendapat sambutan positif daripada para penonton TV3 sejak diperkenalkan pada tahun 2007 menerusi drama ‘Manjalara’. Kini, Akasia berjaya mengukuhkan kedudukannya dengan catatan rating iaitu 1.8 juta penonton secara purata pada setiap episod.”

“Bermula dengan ‘Tiramisu’, waktu siaran slot Akasia akan diubah kepada 7.00 malam supaya memberi peluang kepada lebih ramai penonton untuk berkesempatan menontonnya selepas pulang dari pejabat. Kami berharap agar strategi baru ini dapat memenuhi permintaan para penonton untuk mengikuti drama kegemaran mereka di mana TV3 sentiasa mengutamakan cita rasa penonton dalam memberikan program yang terbaik,”jelas Puan Nurul.

[Read more…]

Pin It on Pinterest