Salam Maal Hijrah 1431

Assalamualaikum semua…

Pada kesempatan ini,saya ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1431,pejam celik kita dah pun berada di tahun baru.Semoga dengan kedatangan tahun baru ni,kita semakin tabah menghadapi segala rintangan di dalam hidup.

Berikut adalah doa awal tahun dan doa akhir tahun untuk tatapan kita semua :

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insyaAllah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan disepanjang tahun tersebut.

Doa Awal Tahun:

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahlikeluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan keatas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan iniadalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohonpemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan danpembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolonganterhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yangmendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allahberselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atasahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.

Doa Akhir Tahun:

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahlikeluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripadaperkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan akubelum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidakmelupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di manaEngkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengantaubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya.Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklahaku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya danEngkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahaiYang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlahEngkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. DanAllah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluargadan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

P/s : SALAM MAAL HIJRAH – SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM

Pin It on Pinterest