Mimpi

Hmm dah 2 hari lepas aku bermimpi,persoalan tentang mimpi ni masih terngiang-ngiang kat kepala aku.Adakah petanda baik atau pun buruk bakal melanda .

Di dalam mimpi tu,Aku tersesat di dalam sebuah perkampungan yang terpencil,puas juga aku mencari jalan keluar,tapi masih tak jumpa.Kemudian boleh terjumpa seorang pakcik yang bila aku amati betul-betul,macam aku kenal,tapi siapa ??? Dan boleh pula dia memangil namaku,iskk ….dengan rasa ingin tahu aku terus menuju ke pakcik tu.Kemudian dia hilang begitu sahaja.

Puas juga aku mencari di sekitar kampung tu,masih tak jumpa pakcik tu.Dan tiba-tiba aku di kejutkan dengan suara aneh.Lantas aku pun berlari ketakutan lalu tersadung jatuh ke tanah sebab tak perasan tersepak akar pokok.Bila aku cuba bangun…badanku berasa seperti di pijak oleh seseorang.Ahhh betapa sakitnya masa tu.Aku nak menjerit pun tak dapat,sebab mulut ku ditutup dan aku dibelasah bertubi-tubi.Aku sangkakan ade seorang je pemuda tu,sekali datang lagi 6 orang pemuda.Hanya tuhan je la yang tahu aku keadaan aku masa tu …Last skali aku tersedar dari mimpi…adeh….mengucap panjang aku,nasib baik la tu mimpi je..fuhhh

Kemudian aku wat la research skit pasal mimpi ni.Dan ada yang mengatakan :

Itulah mimpi, hanya khayalan yang bermain disekitar kotak minda manusia semasa tidur. Namun khayalan itu juga boleh jadi suatu petanda, atau juga hanya sekadar mainan orang tidur, semuanya atas keizinan Pencipta Yang Maha Esa.

Kesinambungannya lagi

Dikatakan, mimpi ni berkait dengan Rapid Eye Movement (REM) stage, biasanya dalam tempoh awal pagi sebelum kita bangun tidur. Tapi tu tak semestinya, sebab tidur siang pun ada REM stage dan boleh jugak mimpi, cuma itulah tempoh kebiasaannya iaitu sebelum waktu subuh. Dalam tempoh REM stage ni, long-term memory akan diaktifkan. Tapi semakin tua macam Pak Nik ni, REM stage semakin kurang dalam tidur. Yang paling banyak REM stage dalam tidur ialah baby, sebab otak mereka baru sedang nak develop. Jadi ni saya nak pesan kat anak-anak, kalau balik rumah nanti tengok baby tengah tidur, jangan kacau nanti takut ganggu otak dia nak develop pulak, susah

[Read more…]

Pin It on Pinterest