Cinderella Oren

Cinderella Oren

Ternguncap-nguncap Izzat berlari ke arah bangunan apartmentnya.. Izzat sedar yang dia sudah terlambat untuk majlis di rumah Redza malam ni.. disebabkan seronok sangat bermain bola tadi, Izzat tidak sedar matahari sudah hampir tenggelam..

Izzat tekan butang lif.. apartmentnya di tingkat 3..setelah 1 minit lif tak turun-turun.. Izzat hilang sabar dan terus berlari ke atas menurut anak tangga di sebelah kiri lift… semakin ternguncap-nguncaplah si Izzat berlari menaiki tangga itu.. pada masa tu kalau ada lah sesiapa yang terpandangnya.. memang sikit pun tak akan nampak kehenseman dan kemachoan dirinya..dengan bermandi peluh dan keadaannya yang serabai tu..mungkin mak minah pun boleh lari..

Pada masa itu dia tidak ingin sesiapa melihat dirinya yang huduh itu.. tiba-tiba terpacak seorang gadis yang sungguh ayu di depannya.. wajahnya yang sungguh manis bak coklat kinder buenos itu terus sahaja mencairkan hati Izzat.. Gadis itu terus sahaja berlalu dan turun
ke bawah tanpa memperlihatkan sikit pun rasa suka mahupun rasa hingin pada si Izzat.. Izzat meneruskan perjalanannya ke tingkat 3… sedang dalam hatinya tertanya-tanya siapakah gadis manis itu tadi..

Gambar kredit kepadaGoogle

Setelah mandi dan solat maghrib, Izzat bersiap dengan mengenakan baju melayu warna maroon gelap kegemarannya.. bila sahaja melihatkan dirinya di dalam cermin.. hampir sahaja Izzat tidak mengenali dirinya..almaklumlah Izzat perasan yang dirinya di dalam cermin itu adalah terlampau segak.. perasaan ujub Izzat tak dapat dibendung-bendung lagi.. tapi bila dia terbaca nota yang terpampang di pintu biliknya.. Izzat beristighfar.. nota yang ditampal oleh adiknya Misya diantaranya berbunyi “Riak & ujub itu adalah amalan syaitan”.. membawa dia kealam realiti yang innocent..Misya tampal nota itu dulu pun sebab dari kecik lagi si Izzat memang gemar meriak-riakkan diri di depan adik-adiknya..

Izzat tiba di rumah Redza 1/2 jam lebih lambat dari waktu dia dijemput… majlis di rumah Redza pada malam itu adalah majlis doa kesyukuran buat anak saudara Redza yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam PMR… Izzat memang rapat dengan keluarga Redza.. dia dan Redza dulu pernah sama-sama belajar di Liverpool dan mereka memang sungguh rapat bukan saja seperti belangkas tetapi seperti tikus mondok tanah jualah adanya .. Lagi-lagi semenjak Izzat mendapat kerja di KL, dia memang telah dianggap oleh ibu bapa Redza bukan sebagai anak orang lain.. tetapi seperti anak buah mereka sendiri.. disebabkan itu Izzat selalu melepak dan menumpang makan di rumah Redza.. memang sedih bunyi menumpang makan tu tapi memang itulah realitinya.. tebiat si Izzat yang memang pantang di ajak makan itu sudah diketahui ramai termasuklah lecturernya berbangsa Norway di Liverpool dulu..

[Read more…]

Pin It on Pinterest