Panduan Dan Fadhilat Sembahyang Terawih

Assalamualaikum

Pejam celik,pejam celik Bulan Ramadhan sudah pun masuk seminggu , pada kali ini saya akan berkongsi Fadhilat Sembahyang Terawih dan Panduan bagi menunaikan Solat Sunat Terawih.Pasti bukan semua ingat. Sebab Sembahyang Terawih ni dibuat setahun sekali sahaja. Jadi, kepada sesiapa yang ingin belajar dan melihat kembali, bolehlah baca sampai habis artikel ini.

Sedikit info tentang Sembahyang Terawih :-

1.   Hukum Sembahyang Tarawih:

a) Hukumnya sunat muakkad (yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan samada secara berseorangan atau berjamaah.

b) Sunnat dikerjakan di masjid, surau dan lain-lain tempat sembahyang orang-orang Islam.

2.   Waktu Sembahyang Tarawih:

Waktu sembahyang Tarawih ini ialah selepas menunaikan sembahyang Fardhu Isya’.

3.   Rakaat Sembahyang Tarawih:

a) Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang Tarawih ini sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja.

b) Pada zaman Rasulullah s.a.w. sembahyang Tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat saja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan.

c) Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab pula beliau menambah lagi menjadikan 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.

d) Sembahyang Terawih hendaklah ditunaikan dua rakaat, pada tiap-tiap satu kali takbiratul-ihram kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.

Untuk maklumat lanjut,boleh muat turun Panduan Dan Cara Menunaikan Solat Terawih di sini

Panduan ini dikeluarkan oleh Jakim sendiri.. Jadi, harap dapat sama- sama kita berkongsi cara yang betul untuk sembahyang Terawih.Semoga Ramadhan tahun ini merupakan yang terbaik untuk kita semua..

Gambar Dari Google

[Read more…]

Pin It on Pinterest