Piala Dunia: Jerman 4 & England 1

BLOEMFONTEIN, Afrika Selatan: Jerman menewaskan England 4-1 pada perlawanan pusingan kedua Piala Dunia FIFA 2010 di Stadium Free State sebentar tadi untuk mara ke peringkat suku akhir.

Jerman mendahului selesa menerusi gol Miroslav Klose pada minit ke-20 dan Lukas Podolski pada minit ke-32.

Namun, England merapatkan jurang gol pada minit ke-37 menerusi tandukan Matthew Upson hasil umpanan ketua pasukan, Steven Gerrard.

England sepatutnya menyamakan kedudukan seminit kemudian apabila rembatan Frank Lampard terkena palang gol dan melantun masuk lalu keluar semula tetapi pengadil dari Uruguay, Jorge Larrionda, tidak mengesahkan jaringan itu.

Permainan bertambah sengit pada separuh masa kedua apabila England mengasak bertalu-talu untuk memperoleh gol penyamaan.

Namun, Thomas Mueller menambah derita England apabila menjaringkan dua gol menerusi serangan pantas dalam tempoh empat minit iaitu pada minit ke-67 dan ke-70 untuk menjadikan kedudukan 4-1.

Jerman akan bertemu sama ada Argentina atau Mexico pada peringkat suku akhir Sabtu depan.

Sumber : Berita Harian Online

P/s : Hampa Pasukan Kegemaran aku kalah 🙁

Pasukan Pilihan Yang Akan Menjuarai FIFA World Cup 2010

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Demam Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan telah pun bermula semalam,dan hari ni aku nak buat entri bebas tentang Pasukan Pilihan Yang Akan Menjuarai FIFA World Cup 2010 ni yang dianjurkan oleh Denaihati.

Hadiahnya berupa RM250 seorang untuk 3 orang pemenang yang dapat meneka dengan tepat Juara Piala Dunia 2010.

[Read more…]

Pin It on Pinterest