Verified Paypal menggunakan Maybank debit card

Okey, apa yang perlu korang lakukan ialah login ke akaun Maybank2u (M2U) korang. Kemudian terus ke menu Utilities. klik pada Maybankard Secure Online Shopping Registration. Then, paparan dia macam kat bawah.

Isilah maklumat berkaitan dan yang penting kat sini bahagian PAM (Personal Assurance Message) tu, jangan le diletak titik pada akhir ayat korang. Kemudian tengok berjaya ke tak. Tak berjaya buat lagi lain kali, sebab aku buat sekali aje dah berjaya, tak susah mana pun. Kalau berjaya, pada peringkat ni korang sebenarnya dan boleh buat online shopping… nak beli domain name ke, DVD pornstar Michael Jakson ke, nak beli jaket lelong Megan Fox ke.

So, lepas ni login pulak ke akaun PayPal korang. Kat menu Profile, klik Add/Edit Credit Card. Isilah maklumat berkaitan kad korang tu.

Dah hantar, kalau takde masalah PayPal akan bagitau supaya dapatkan 4 digit nombor dalam statement bank korang. Kalau ada masalah, korang isi baliklah sampai berjaya. Kemudian tunggulah tiga empat hari dan selalulah check korang punya M2U. Tengok kat Debit card history macam gambar kat bawah tu.

Kalau ada, ambik la 4 digit sebelum perkataan PAYPAL tu dan isi balik dalam akaun PayPal korang kat ‘link and confirm your debit or credit card’. Kemudian Submit.

Pin It on Pinterest