Perkara Yang Elok Dan Tidak Elok Disebut

Assalamualaikum

Bertemu kita kembali di hari Jumaat yang berbahagia ini.Pada kali ini nak berkongsi tentang Perkara Yang Elok Dan Tidak Elok Disebut.Semoga kita semua mendapat informasi dan pengajaran untuk semua di samping memperbanyakkan amalan yang baik serta sentiasa diberkati olehNYA..Insya Allah.

1.   Perbanyakkan Menyebut Allah Daripada Menyebut Makhluk.

Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Sewajarnya kita lebih menyebut-nyebut nama Allah yang telah memberikan nikmat yang tidak terhitung banyaknya untuk kita.

2.  Perbanyakkan Menyebut Akhirat Daripada Menyebut Urusan Dunia.

Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat.Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.
[Read more…]

Pin It on Pinterest