Teman

Teman
Kita bersatu kerana perjuangan
berpisah juga kerana perjuangan
namun perpisahan bukanlah yang kita impikan
mustahil pula kita idamkan

Namun ada saatnya hati kita menjadi retak,
kerana hati tabiatnya begitu
adakalanya retak adakalanya bersatu
Kita tak inginkan kepahitan
tapi malangnya kemanisan pula tak inginkn kita

Teman
walau hati pernah berduka lara
kerana ditusuk sembilu bisa
oleh teman sehati sejiwa
di kala waktu yang tidak di sangka
Namun
itulahh ujian buat kita
seteguh manakah ukhwah yg kita bina
siapa yang pasrah atau siapa yang kecewa
setabah manakah pengorbanan kita
kerana ianya kehendak yg esa
[Read more…]

Pin It on Pinterest