Cerpen Qaradawi Dan Misyar

SEANDAINYA seorang wanita berhasil menggenggam dunia, berhasilmendapatkan semua anugerah penghargaan dari dunia dan berhasil mendapatkan semua kehebatan dunia, namun tidak mempunyai suami, sebenarnya wanita tersebut sangatlah miskin.

Dalam-dalam saya tanamkan persepsi itu ke jiwa saya. Persepsi itudidatangkan dari lidah seorang nisa yang sudah memacakkan besi tekadyang tidak boleh digoyang gugat. Sebagai rafik yang setia, saya cubamenghulurkan seulas persefahaman.

Namun ruang fikir saya yang waras ini payah untuk menjumlahkan persetujuan. Saya risaukan nasibnya pada hari-hari mendatang. Nasib bakal zuriatnya yang akan dikemudi seorang pendayung sahaja.Sepatutnya, berat dayung di tangan suami, berat jugalah dayung di
tangan isteri dalam menongkah samudera kehidupan yang sesekali dipukul gelora.

Biarlah masa depan itu datang sendiri. Jangan cemas dengan hari esok.Kalau hari ini aku mampu lakukan yang terbaik, insyaallah esok akan baik juga Nafeesah, kan?

Zulaikha yang saya kenali memang bijak menangkis hujah. Barangkali kerana kebijaksanaan itu jugalah tiada lelaki yang berani menitipkan cinta. Zulaikha, wanita bijak yang sudah terlajak usia, payah diajak mencari cinta kerana istiqamahnya terhadap kerjaya payah diinjak-injak
dan sukmanya hanya terletak kasih ayahanda bonda. Cuma akhir-akhir ini dia telah terserempak dengan satu rasa yang menggetarkan tetapi indah!

Zulaikha menggilai Yusuf? Saya menduga. Polos.Bukan menggilai. Mengagumi. Aku, Zulaikha, cintakan kesolehan seorang Yusuf. Aku pencinta akhlaknya! Aku mahu Yusuf menuntun aku ke pintu jannah.

Ayat Zulaikha tampak bersungguh. Saya memancing lagi.Jangan kau carikkan pakaian takwanya, Zulaikha.Insya-Allah tidak sama sekali, Nafeesah. Aku bukanlah Zulaikha yang mencintai Yusuf kerana ketampanannya hingga sanggup mencemar maruah! Aku sedar tanggungjawabnya untuk bahtera yang lebih berhak. Aku tidak akan membiarkan bahunya sendeng di akhirat nanti kerana gagal berlaku adil.

Iman

Saya rasa terpukul. Saya mafhum, ucapan itu mewakili perasaannya sendiri. Benar, Yusuf idaman Zulaikha tidaklah setampan mana. Kalau dibandingkan dengan Zulaikha, bagaikan pekatnya langit malam dan cerahbersinarnya suria pagi. Yusuf bukanlah jejaka pujaan gadis. Apatahlagi, Yusuf hanyalah penjual ikan di pasar borong. Namun, setelah mengenali Yusuf yang bergelumang dengan kehanyiran ikan itu, persepsi saya lantas gugur terjunam! Yusuf itu memiliki kewangian iman yangtidak jemu untuk dihidu! Yusuf itu memiliki sepersil ketenangan yang menjalarkan kebahagiaan!

[Read more…]

Pin It on Pinterest