S2FwaWxsYS1NZXJpbmR1IFRhbnBhIEthdGE=

S2FwaWxsYS1NZXJpbmR1IFRhbnBhIEthdGE=

RGlrYXVsYWggWWFuZyBrdSBTYXlhbmc=
RGlrYXVsYWggWWFuZyBrdSBSaW5kdQ==
U2VnZW5hcCBSdWFuZ2t1IFRlcmJheWFuZw==
V2FqYWhtdSBEaSBJbmdhdGFu

SGFydW1ueWEgSGFydW0gQ2ludGE=
U2VtYWRpIERhbGFtIEppd2E=
TWVuZ2FwYSBha3UgWWFuZyBUZXJhc2E=
TWVyaW5kdSBUYW5wYSBLYXRh

a3UgUHVqYSBCdW5nYSBMYXJhbmdhbg==
S3VudHVtLWt1bnR1bSBZYW5nIEJlcnNlcmk=
S2Vsb3BhayBHdWd1cm55YSBCZXJkZXJhaQ==
U3VuZ2d1aCBrdSBQaWx1
UGlsdSBEaSBIYXRp
Q2ludGFrdSBTZW1haSBTdWRhaCBCZXJidW5nYQ==
VGFra3UgTWlsaWtp

U2FtcGFpIEhhdGkgRW5na2F1IEtoaWFuYXRp
UmFzYSBDaW50YSBCZXJ1YmFoIER1c3Rh
VGFrIFNlZGlraXQgS2F1IFJhc2EgQmVyZG9zYQ==
U2VkYW5na2FuIGt1IFBlZGloIEx1a2E=
RGloaXJpcyBTZW1iaWx1IEJpc2E=
S2F0YW11IGt1IEhhbnlh
DQpUZW1hbiBCaWFzYQ==

UC9zIDoga2VwYWRhIHJha2FuLXJha2FuIHlhbmcgYm9sZWggdGVyamVtYWhrYW4ga29kIG5pLGhh
cmFwIGphbmdhbiBsZXRhayBrYXQgcnVhbmcga29tZW4geWVyLGFrdSBzZWthZGFyIG5hayBsdWFo
a2FuIHBlcmFzYWFuIGplIG5pLGppd2Ega2FjYXUgbnllciBwYXNhbCxoZWhlaGU=

MANA LEBIH BAIK MENIPU ATAU DITIPU

Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia

Sama ada kita kaki menipu atau selalu ditipu, kedua-duanya tidak baik untuk manusia yang mempunyai harga diri. Dua perkataan yang bunyi lebih kurang sama. Tetapi yang jelas, kedua-duanya mempunyai makna yang tersendiri. Menipu bermaksud, mengenakan tipu daya. Manakala ditipu pula ialah, diperdaya oleh orang lain. Kenapa harus menipu? Atau kenapa harus diberi peluang kepada orang lain untuk membenarkan mereka menipu diri kita?

width=

KAK PAH TERTIPU

“Sudah dikecek, dikecong pula.”

Peribahasa di atas bermaksud, kena tipu lebih dari sekali. Amat malang bagi manusia yang tidak menjadikan kesilapan masa lalu sebagai panduan pada masa mendatang. Lebih malang apabila menyalahkan takdir di atas kesilapan diri sendiri akibat ditipu oleh orang lain. Menyalahkan takdir seperti juga menyalahkan Allah. Takdir itu tidak akan berlaku sekirannya, kita mengambil iktibar di atas perkara lepas. John Santayana pernah berkata, “Celakalah manusia yang mengulangi kesilapan yang pernah sejarah ceritakan.”

Kenyataan John Santayana ini disebenarnya telah disuarakan sendiri oleh Nabi Muhammad pada 1500 tahun lalu. Kata baginda, “Orang yang beriman tidak akan kena sengat dua kali dalam satu lubang” (Sahih Muslim). Apakah segnifikannya hadith di atas terhadap diri manusia? Hadith tersebut mengajar manusia bahawa kehidupan seseorang muslim yang mukmin, seharusnya terhindar dari melakukan kesilapan yang sama lebih dari sekali. Kerana ia melambangkan kebodohan dan kecuaian. Sedangkan Islam membawa panji kebijaksanaan dan keberhatian yang membawa kepada kebaikan kepada semua makhluk.

“Orang yang bijak itu nampak lebih besar walaupun umurnya masih muda, Manakala orang yang jahil itu nampak kecil walaupun umurnya sudah tua.”

Ayat di atas bukanlah hadith atau dalil-dalil yang dapat menghujahkan hukum. Ia cumalah sebuah ungkapan syair yang saya petik dari ribuan syair berbahasa Arab. Syair ini menggambarkan bahawa kebijaksaan itu tidak datang pada yang tua atau muda. Ia bergantung kepada manusia itu sendiri. Sama ada mahu menjadi Bijak atau Jahil. Beruntunglah mereka yang bijak dan mukmin, kerana mereka tidak akan menipu dan tertipu.

[Read more…]

Aku Kembali

Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia

Hai semua,apa khabar,lama juga aku tak update blog kesayangan ni,lebih kurang seminggu camtu la.Mintak maaf sangat-sangat kerana aku menghadapi masalah kesihatan dan ketensionan bekerja.Namun semangat blogging tetap tidak luntur.Sebaik je aku tiba di rumah,aku terus on komputer dan bukak blog ni.So kepada rakan-rakan yang mengunjung ke blog ni,akan aku balas kunjungan korang selagi aku mampu ok.

Untuk pengetahuan korang semua,aku diserang demam panas pada pagi ahad yang lepas dan terpaksa dikejarkan ke hospital kluang,hmm kalau dah sakit tak leh la nak buat apa-apakan.Aku hanya perlu berehat di wad selama 3 hari dan hari ni baru dibenarkan pulang ke rumah.

Semasa aku duduk di wad,aku masih teringat apabila terdengar lagu yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Raihan suatu ketika dahulu,kalau tak silap lagu ni wujud pada tahun 2001.Lagu tersebut bertajuk Raihan-Demi Masa.

[Read more…]

Verified Paypal menggunakan Maybank debit card

Okey, apa yang perlu korang lakukan ialah login ke akaun Maybank2u (M2U) korang. Kemudian terus ke menu Utilities. klik pada Maybankard Secure Online Shopping Registration. Then, paparan dia macam kat bawah.

Isilah maklumat berkaitan dan yang penting kat sini bahagian PAM (Personal Assurance Message) tu, jangan le diletak titik pada akhir ayat korang. Kemudian tengok berjaya ke tak. Tak berjaya buat lagi lain kali, sebab aku buat sekali aje dah berjaya, tak susah mana pun. Kalau berjaya, pada peringkat ni korang sebenarnya dan boleh buat online shopping… nak beli domain name ke, DVD pornstar Michael Jakson ke, nak beli jaket lelong Megan Fox ke.

So, lepas ni login pulak ke akaun PayPal korang. Kat menu Profile, klik Add/Edit Credit Card. Isilah maklumat berkaitan kad korang tu.

Dah hantar, kalau takde masalah PayPal akan bagitau supaya dapatkan 4 digit nombor dalam statement bank korang. Kalau ada masalah, korang isi baliklah sampai berjaya. Kemudian tunggulah tiga empat hari dan selalulah check korang punya M2U. Tengok kat Debit card history macam gambar kat bawah tu.

Kalau ada, ambik la 4 digit sebelum perkataan PAYPAL tu dan isi balik dalam akaun PayPal korang kat ‘link and confirm your debit or credit card’. Kemudian Submit.

Pin It on Pinterest