Hakikat Yang TerAkad

Hakikat Yang Terakad

Wahai Hati Yang Sedang Merindui..
Apabila Kita Mencintai Seseorang..
Sebenarnya Kita Telah Pun..
Merelakan Hati Kita Untuk Dilukai..

Apabila Kita Telah Menyayangi Seseorang..
Sesungguhnya Kita Telah Pun..
Membenarkan Diri Untuk DiBenci..

Apabila Kita Terlalu Merindui Seseorang..
Kita Telah Pun Bersedia Untuk Dilupakan..
Meski Pun Amat Terseksa..

Tapi Itulah Hakikat Kehidupan..
Pengajaran Yang Perlu Dirasai..
Bila Kasih Tidak Berbalas..

Ada Masanya..
Kita Tidak Perlu Lagi..
Menoleh KeBelakang Andainya..
Sejarah Silam..
Hanya Melukakan Hati..

Namun Ada Ketika..
Kita Perlu Mengingati..
Biarpun Pedih..
Kerana Ada Seseorang..
Yang Bermakna Menghiasi..
Pengalaman Hidup Yang Pernah Kita Lalui..

Ada Masanya..
Kita Terpaksa Lepaskan Peluang..
Yang Lalu DiDepan Mata..
Ada Waktunya..
Kita Terpaksa Lepaskan Sesuatu..
Yang Hakikatnya..
Tidak Mungkin Kita Miliki..

Kerana..
Selalunya Hakikat Hidup..
Tidak Akan Sama..
Dengan Kebetulan..
Yang Kadangkala Tidak DiSangka..
Kadangkala..
Apa Yang Kita Inginkan..
Takkan Sama..
Dengan Apa Yang Kita Harapkan..

Adakalanya..
Apa Yang Kita Harapkan..
Takkan Sama..
Dengan Apa Yang Kita Impikan..
Kerana Impian Hanyalah Illusi..
Harapan Hanyalah..
Kemahuan Yang Kita Cuba Gapai..
Sedangkan..
Segalanya Belum Tentu..
Untuk Menjadi Realiti..

KasihSayang..
Bukan Hanya Sekadar Ucapan..
Bukan Sekadar Memiliki..
Tapi Itulah Yang Memberi Kita Nilai..
Untuk..
Meneruskan Kehidupan..
Memberi Kekuatan..
Dan..
Makna Sebuah Perhubungan..

Hakikatnya..
Telah TerAkad..
Apabila Allah Memakbulkan Doa Kita..
Maka Allah SayangKan Kita..
Apabila Allah Melewatkan..
Apa Yang DiHajati..
Allah Sedang Menguji Diri Kita..
Andai Allah..
Tidak Memakbulkan Doa Kita..
Maka..

Allah Sebenarnya..
Telah Menentukan Sesuatu..
Yang Terbaik Untuk Kita..
Jangan Sesekali Bersangka Buruk..
Terhadap Allah..

Kerana Kasih Sayang Allah Mendahului Kemurkaan-Nya

Kredit kepada : rakan

Pin It on Pinterest