Terima Kasih Nuffnang Part 2

Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia

Agak lama aku tak update blog ni,maybe dah bersawang sangat kot.Jadi hari ni aku nak berkongsi dengan korang semua,Sebagaimana entri aku yang terdahulu iaitu Terima Kasih Nuffnang 3 hari lepas aku telah mendapat surat cinta dari Nuffnang dan semestinya aku telah mendapat cek sekali.Di sampul surat tersebut ada label HSBC.Alhamdulillah,walaupun tak seberapa,tetapi cukup la untuk balik modal segala penat lelah yang aku habiskan bersama blog ni.

[Read more…]

Buffered Earnings Nuffnang Yang Pertama

Assalamulaikum semua…

Harini aku terlebih rajin pulak check akaun Nuffnang aku,Alhamdulillah dapat juga Buffered Earnings Nuffnang Yang Pertama.Lama gak aku tunggu buffered ni,ye la asyik tengok rakan-rakan blogger lain je kan yang dapat buffered ni,sekali rezeki aku pun ada.Hehe…

Aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kipas susah mati peminat blog terutama kepada rakan-rakan blogger sebab tak jemu singgah dan meberi komen serta
melalak tinggalkan pesanan di shoutbox.Tak lupa juga kepada pihak Nuffnang,jasamu tetap ku kenang 🙂

Ok kat bawah ni aku sertakan sekali printscreen buffered Earning.

Akhir kata,Terima Kasih Nuffnang

P/s : Aku sedang mencari idea untuk membuat contest untuk semua rakan-rakan blogger sebagai tanda penghargaan korang kepada blog ni.

P/s 2 : Bosan lak semakin banyak spam komen masuk kat blog ni,dah takde kerja kot,spam blog je ,isk isk isk

Sejarah WordPress

Salam semua…

Arini saya nak ceritakan tentang Sejarah WordPress,memang dah di akui,ramai antara rakan-rakan blogger sudah pun menggunakan platform WordPress ni kan ? Begitu juga saya.

WordPress merupakan sistem penerbitan blog yang ditulis dalam bahasa pengaturcaraan PHP dan disokong oleh pangkalan data MySQL. WordPress merupakan evolusi yang paling berjaya dari induk sistem penerbitan blog b2/cafelog dan memiliki sejumlah besar pengguna dan pemaju untuk perisiannya.

b2

b2 merupakan sistem induk yang membawa kepada perkembangan WordPress. Ditulis dalam bahasa pengaturcaraan PHP dengan penggunaan MySQL, b2 dibangunkan oleh Michel Valdrighi, yang sekarang masih terus menjadi pemaju sistem perisian WordPress.

Selain WordPress yang merupakan perisian rasmi yang berevolusi dari sistem b2, terdapat projek lain yang masih turut mengalami perkembangan dari induk yang sama, iaitu b2evolution.

Permulaan WordPress

Nama ‘WordPress‘ telah dicadangkan oleh Christine Selleck, iaitu rakan kepada ‘bapa’ pemaju WordPress, Matt Mullenweg. WordPress pada masa ini hanya menyokong satu blog atau portal web untuk satu kali pemasangan, namun terdapat juga versi multi-pengguna yang dinamakan sebagai WordPress MU (WordPress MultiUser-WordPress MultiPengguna).

WordPress MU adalah sistem penerbitan multiblog yang terbina dalam WordPress. Perbezaan utama antara WordPress dan WordPress MU ialah Wordpess MU dicipta untuk membenarkan berbilang blog wujud dalam satu langkah pemasangan sahaja. WordPress MU membolehkan pemilik laman web mewujudkan komuniti blog mereka sendiri,dan mengawal serta melakukan tugas memoderasi semua blog dari hanya satu papan-pemula.Contoh komuniti yang dapat dilihat menggunakan WordPress MU adalah WordPress.com dan Universiti Harvard.

[Read more…]

Contest Baru Pulak

Salam semua….

Malam ni aku tergerak nak join contest pulak,hehehe.Saja nak cuba sebab sebelum ni aku belum pernah join contest yang melibatkan gambar yang cun-melecun dengan erti kata lain sudah di edit baik punya dengan photoshop.

Kat mana aku dapat tahu contest ni ek,tadi aku ke blog Nine,ade lak update terbaru dia dengan tajuk “Contest Baru Pulak”.Cepat-cepat la aku baca entri dia tu.

Contest ni di anjurkan oleh http://kameraxburuk.blogspot.com/.Korang boleh la tengok syarat² contest ni di sini

[Read more…]

Pin It on Pinterest