Al-Kisah MiRC

Salam semua…

INTERNET RELAY CHAT (IRC)

Tujuan aku mengadakan ruangan ini ialah sebagai memenuhi permintaan beberapa orang kawan yang meminta aku mengajarkan semua commands IRC dan apa jua benda yang aku tahu berkaitan dengan IRC. Oleh itu, aku
berhasrat ruangan yang aku adakan ini dapat memberi manfaat dan maklumat berguna kepada korang semua, tanpa menyalahgunakan pengetahuan tersebut. Penerangan menerusi webpage adalah lebih mudah berbanding dengan penerangan dalam IRC. Semua arahan ini aku belajar bermula dari tarikh pertama aku kenal dengan IRC.

PERHATIAN ! Semua yang aku letak disini ialah pengetahuan yang aku dapat dengan membaca help file, hompage, bertanya kepada mereka yang lebih tahu, dan berpengalaman berIRC. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan maklumat, sila maafkan aku dan inform aku dengan kadar segera supaya ianya dapat diperbetulkan semula.
Selamat belajar.

Al-Kisah IRC

IRC
atau Internet Relay Chat dimulakan penggunaannya oleh Jarkko Oikarinen yang bekerja di University of Oulu, Finland pada tahun 1988.Ianya direka sebagai variasi ‘multiuser’ dalam kemudahan ‘chat’ Unix. Program perbualan Unix yang asal hanya membenarkan dua pengguna menaipkan mesej kepada satu sama lain. Versi baru yang dicipta oleh Oikarinen ini membenarkan banyak pengguna memasuki satu pelayan (server) dan berbual sesama mereka. Server yang pertama didirikan di Oulu. Pada penghujung tahun 1988, IRC telah mewujudkan mIRC. Dengan kata lain, ianya ialah sebuah perisian yang dicipta oleh Khaled Mardam-Bey.

[Read more…]

Pin It on Pinterest