Konsert Fenomena 30 Tahun SEARCH

Assalamualaikum

Adakah anda peminat kumpulan rock yang pada suatu ketika dahulu popular iaitu SEARCH ? Pasti semua golongan kenal dan meminati lagu-lagu dari kumpulan rock SEARCH ini.Apabila sebut je SEARCH  ,mesti korang semua masih ingat lagu-lagu seperti Isabella,Fenomena dan Gadisku. Lagu-lagu tersebut antara yang paling popular dari dahulu sehingga sekarang dan masih berkumandang di corong-corong radio tempatan.

Sedikit Maklumat Tentang Search

SEARCH ialah sebuah kugiran muzik yang dikenali sebagai salah sebuah pelopor muzik rock dalam bidang muzik arus perdana Malaysia semenjak dekad 1980-an. Semenjak dibentuk pada tahun 1981, kugiran ini telah menghasilkan lebih 20 album studio yang terjual laris, berpuluh-puluh lagu yang disambut hangat di corong radio, puluhan lagi konsert yang sering terjual habis tiketnya, sepanjang sejarah mencecah tiga dekad dalam industri muzik Malaysia, menjadikan mereka antara kugiran rock yang terunggul di Malaysia sepanjang tahun 1980-an dan 1990-an.

Berita baik untuk semua peminat SEARCH,Konsert Fenomena 30 Tahun SEARCH akan berlangsung di kawasan berhampiran anda seperti berikut :-

  • 19 November (5pm) – Penang, Stadium Batu Kawan.
  • 3 Disember (5pm)- Johor Bahru, Stadium Larkin.
  • 17 Disember (5pm)- Kuala Lumpur, Padang Astaka. (PJ)

Maklumat tentang tiket (di stesen Petronas atau Tickethotline.com.my) dan konsert Fenomena 30 Tahun SEARCH ini boleh klik banner di bawah :-

Pin It on Pinterest