Tahniah Harimau Malaya

Keputusan ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi (29 Jun 2011) harus menerbitkan sedikit perasaan gelisah buat skuad Harimau Malaya walaupun bermula dengan langkah kanan menewaskan Taiwan.
Kemenangan 2-1 dalam perlawanan pertama, pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia mencipta rasa bangga tetapi anak didik Datuk K Rajagobal perlu menyajikan kelibat lebih garang dalam pertemuan timbal balik di Taiwan, Ahad ini andai memasang impian mahu layak ke pusingan kedua.

Apa pun, dua gol jaringan jaringan kapten, Safiq Rahim dan pemain pertahanan, Aidil Zafuan Abdul Razak pada setiap babak permainan menepati sasaran awal jurulatih dan keputusan seri dalam perlawanan kedua nanti sudah memadai untuk mengharungi halangan berikut menentang pasukan tetangga, Singapura.

Tuan rumah yang bermula agresif membuka tirai jaringan pada minit ke-28 menerusi Safiq yang berpunca daripada gerakan Abdul Hadi Yahya sejurus selepas masuk menggantikan Helmi Remeli.
[Read more…]

Pin It on Pinterest