Pengambilan PSSTLDM Sesi 2011

Assalamualaikum

Di sini saya ingin memberitahu bahawa pada 12 dan 13 Februari 2011 KD Seri Medini akan mengadakan Pengambilan PASUKAN SIMPANAN TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (PSSTLDM) Sesi 2011.Jika anda seorang yang inginkan cabaran dan berminat mendalami ilmu berkaitan laut,anda boleh pergi ke KD Seri Medini.Sebelum itu saya sertakan sekali maklumat tentang PSSTLDM supaya rakan-rakan yang lain faham tugas dan skop PSSTLDM.

PASUKAN SIMPANAN TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA

PENGENALAN

PSSTLDM merupakan Angkatan Simpanan TLDM yang berfungsi sebagai benteng kedua pertahanan negara. Penyertaan generasi muda di dalam PSSTLDM sejajar dengan konsep HANRUH (Pertahanan Menyeluruh) seperti termaktub di dalam Dasar Pertahanan Negara. HANRUH akan berjaya jika semua sumber negara termasuk sumber manusia terlibat di dalam aktiviti yang menyumbang kepada ketahanan nasional.

SEJARAH

Sejarah Angkatan laut kita bermula sejak Kerajaan Melayu Melaka pada abad ke-15. Ketika itu, Kerajaan Melaka telah menghantar armadanya untuk melindungi kapal dagang. Antara Panglima dan pelaut terkemuka pada masa itu ialah Laksamana Hang Tuah dan Bendahara Tun Perak yang berjaya menangkis serangan tentera laut Siam keatas pelabuhan Melaka. Semangat patriotik ini terus membara sehingga dijelmakan sebagai Straits Settlements Royal Navy Reserve (SSRNVR) iaitu sebuah pasukan simpanan yang ditubuhkan oleh penjajah Inggeris pada 27 April 1934. SSRNVR kemudian dikenali sebagai Malayan Royal Navy Volunteer, Reserve (MRNVR). Bagi mempertahankan perairan Tanah Melayu semasa Perang Dunia ke-2, pihak inggeris telah menubuhkan pasukan Malay Navy dan anggota MRNVR diserapkan ke dalam pasukan tersebut.

Selepas Perang Dunia ke-2, Pasukan Tentera Laut Malaya ditubuhkan. Pada tahun 1952, pasukan ini ditukar namanya menjadi Tentera Laut Diraja Malaya setelah dianugerahkan taraf Diraja oleh Queen Elizaberth II. Apabila Malaysia ditubuhkan pada 1963 dan Tentera Laut Diraja Malaysia(TLDM) maka pasukan simpanan tentera laut dikenali sebagai Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia(PSSTLDM)

[Read more…]

TLDM Jadi Pelengkap Sistem Pertahanan Negara

KOTA KINABALU: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang kini memiliki dua kapal selam adalah pelengkap kepada sistem pertahanan negara.

Baginda bertitah kehadiran dua kapal selam Scorpene yang diberi nama KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak itu sudah pasti meningkatkan keupayaan TLDM dalam melaksanakan tanggungjawabnya menangani ancaman di perairan negara.

KD Tunku Abdul Rahman

KD Tun Abdul Razak

Bertitah pada majlis penyampaian kuih raya kepada anggota TLDM di Pangkalan TLDM Telok Sepanggar dekat sini malam tadi, baginda berharap aset ketenteraan yang sedia ada dimanfaatkan sepenuhnya untuk memperkukuhkan lagi benteng pertahanan negara.

“Sejarah perjuangan warga TLDM seharusnya menjadi kebanggaan kita semua kerana kemakmuran dan kesejahteraan yang kita kecapi selama ini adalah turut disumbangkan oleh angkatan itu,” titah baginda yang juga Komander Regimen 504 Askar Wataniah.

Pada majlis itu baginda menyampaikan kuih raya kepada Panglima Wilayah Laut 2, Laksamana Pertama Datuk Anuwi Hassan untuk diagih kepada anggota yang berkhidmat pada Hari Raya ini.

[Read more…]

Pin It on Pinterest