Tutorial Cara Daftar Twitter

Assalamualaikum…

Tutorial Cara Daftar Twitter ini adalah lanjutan daripada entri Cara Register Twitter,dan pada kali ini,saya sertakan tutorial bergambar bagi memudahkan pengguna baru yang ingin mendaftar twitter.Sebelum memulakan tutorial tersebut,apa kata kita imbas serba sedikit tentang Apa Itu Twitter ?

Untuk pengetahuan semua,Twitter adalah layanan social networking dan microblogging yang kini sangat popular. Pengguna Twitter dapat “mengikuti” atau “Follow” pengguna yang lain untuk mendapatkan “updates” berita terbaru dari mereka. Setiap “update” hanya boleh berisi 140 karakter, dengan atau tanpa hyperlink.Sejarah Twitter bermula apabila ia dilancarkan pada tahun 2007 dan hampir 1 juta orang menggunakannya semenjak ianya diperkenalkan.Para pengguna akan mendaftar untuk mengikuti berita atau perkembangan terkini kepada pengguna lain yang mereka “follow”.

Untuk mendaftar serta memiliki akaun Twitter,korang bolehlah ke http://twitter.com/.

[Read more…]

Terima Kasih Nuffnang Part 2

Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia

Agak lama aku tak update blog ni,maybe dah bersawang sangat kot.Jadi hari ni aku nak berkongsi dengan korang semua,Sebagaimana entri aku yang terdahulu iaitu Terima Kasih Nuffnang 3 hari lepas aku telah mendapat surat cinta dari Nuffnang dan semestinya aku telah mendapat cek sekali.Di sampul surat tersebut ada label HSBC.Alhamdulillah,walaupun tak seberapa,tetapi cukup la untuk balik modal segala penat lelah yang aku habiskan bersama blog ni.

[Read more…]

Aku Kembali

Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia

Hai semua,apa khabar,lama juga aku tak update blog kesayangan ni,lebih kurang seminggu camtu la.Mintak maaf sangat-sangat kerana aku menghadapi masalah kesihatan dan ketensionan bekerja.Namun semangat blogging tetap tidak luntur.Sebaik je aku tiba di rumah,aku terus on komputer dan bukak blog ni.So kepada rakan-rakan yang mengunjung ke blog ni,akan aku balas kunjungan korang selagi aku mampu ok.

Untuk pengetahuan korang semua,aku diserang demam panas pada pagi ahad yang lepas dan terpaksa dikejarkan ke hospital kluang,hmm kalau dah sakit tak leh la nak buat apa-apakan.Aku hanya perlu berehat di wad selama 3 hari dan hari ni baru dibenarkan pulang ke rumah.

Semasa aku duduk di wad,aku masih teringat apabila terdengar lagu yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Raihan suatu ketika dahulu,kalau tak silap lagu ni wujud pada tahun 2001.Lagu tersebut bertajuk Raihan-Demi Masa.

[Read more…]

Contest Hidup Untuk Memberi Dan Menangi Acer Aspire One Percuma

Assalamualaikum wbt…

Pagi tadi aku on twitter seperti biasa dan menerima tweet dari @Denaihati mengatakan beliau telah menganjurkan Contest Hidup Untuk Memberi Dan Acer Aspire One Percuma.Sempat gak aku tolong retweet.Semoga bro Denaihati dimurahkan rezeki yer.

Dulu aku juga berkesempatan untuk menyertai contest yang juga di anjurkan oleh Denaihati iaitu Hidup Berani Untuk Gagal yang mendapat sambutan hangat di kalangan rakan-rakan blogger.Memang agak menarik la contest Hidup Berani Untuk Gagal ni dulu sebab kesemua peserta contest bersaing untuk mendapat ranking tertinggi di enjin carian Google.

Hadiah Acer Aspire One pertama akan dihadiahkan kepada blog yang menjadi TOP REFERRER TERTINGGI sepanjang 2010 berdasarkan analisa Google Analytics. Cara untuk menjadi TOP REFERRER adalah bebas, mungkin dengan cara menampalkan banner denaihati di sidebar atau sering letakan link denaihati.com dalam setiap entri baru.

Hadiah Acer Aspire One kedua akan dihadiakan kepada PENGOMEN TERBANYAK sepanjang 2010. Bermula Mac PENGOMEN TERBANYAK akan mendapat ruang iklan percuma selama 1 bulan.Kepada blogger yang rajin mempromosi contest ini akan mendapat hadiah RM20 untuk setiap referal. Lebih banyak referalnya maka lebih besar hadiahnya.

Sebagai tanda terima kasih semua blog peserta contest akan disenaraikan di BLOGROLL untuk berkongsi status PR4 yang sedang disandang oleh blog Denaihati.

Menarik bukan contest ni ?

Syarat-syarat penyertaan contest ini ialah :-

1. Mendaftar untuk menjadi peserta dengan membuat entri bebas tentang contest dan tinggalkan komen penyertaan diruang komen, link penyertaan di CommentLuv dan jangan lupa masukkan ayat Saya tahu contest “Hidup Untuk Memberi“ dari blog…

Contoh :

saya tahu contest “Hidup Untuk Memberi” dari blog wazy84[dot]com

2. Follow @ http://twitter.com/denaihati

3. Follow @ http://facebook.com/denaihati

Tarikh Tutup

Pada jam 11.59 pm, 31/12/2010

Keputusan

Pemenang akan diumumkan 2 minggu selepas tarikh tamat contest

Contest ini disponsor oleh :-

1. Alansarproperties.com : Sedia menjual lot banglo/banglo sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

2. www.xztly.com : Organising or managing communications, campaigns and events.

3. Anisha online Mall : : Pemborong stokin wudhu Malaysia

(Kepada individu dan syarikat yang berminat untuk menjadi sponsor sila berhubung terus seperti tertera dibahagian pertanyaan)

Sebarang pertanyaan boleh terus melalui ruang komen ,twitter @Denaihati, Facebook @Denaihati atau tinggalkan pesanan di contact . Jangan lupa untuk lawat blog Denaihati untuk melihat update terbaru

P/s : Saya dapat tahu contest ” Hidup Untuk Memberi ” dari blog ANARM.NET

Pin It on Pinterest