Usia Meningkat,Ibadah Biarlah Ligat

Assalamualaikum…

Pejam celik, pejam celik,  kita telah melangkah ke pertengahan tahun 2011. Tinggal beberapa bulan je lagi untuk masuk ke tahun baru bererti usia kita juga makin menginjak angkanya.

Masa 24 jam yang Allah kurniakan terasa begitu pantas berlalu. Masih banyak perkara yang tidak mampu untuk kita sempurnakan. Masih belum puas mengecapi keseronakan hidup.

Menurut Ibnul Jauzi, di alam dunia ini manusia dibahagikan kepada lima peringkat umur iaitu kanak-kanak (bayi sehingga 15 tahun),muda (15-35 tahun), dewasa (35-50 tahun), tua (50-70) tahun dan tua bangka (70 tahun ke atas). Pandangan yang diberikan oleh Imam Al-Ghazali pula ada menyebutkan bahawa rata-rata umur manusia adalah 60 tahun.

Sebanyak 8 jam sehari diperuntukkan untuk tidur dan ini menyamai 20 tahun daripada keseluruhan umur kita. Lantas, adakah kuantiti dan dan kualiti amal soleh kita mampu untuk menampung dosa dan maksiat yang kita lakukan selama ini. Adakah prestasi ibadah seimbang dengan pertambahan usia kita kerana baki masa terlalu singkat untuk kita.
Usia berlari seiiring dengan peredaran waktu.
[Read more…]

Pin It on Pinterest