Tarikh Dan Lokasi Melihat Anak Bulan Syawal 2011

Assalamualaikum..

Bulan Ramadhan pada tahun ini hampir tiba ke penghujungnya dan pada masa ini ramai bersiap-siap pulang ke kampung halaman dan juga membeli belah untuk persiapan hari raya.oleh itu ,sentiasa mengamalkan Tips Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya.Semoga selamat sampai ke destinasi yang ditujui.

Oh ye,beberapa hari lepas,Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah mengumumkan sebanyak 30 tempat ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal pada 29 Ogos ini bagi menentukan tarikh Aidilfitri tahun ini (2011).

Gambar Dari Google

Majlis Raja-Raja juga mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidilfitri adalah berdasarkan rukyah dan hisab dan pengisytiharan tarikh akan diumumkan pada malam Isnin itu menerusi radio dan televisyen.

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja di sini, kawasan yang ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal ialah di :

  • Pontian Kecil, Johor
  • Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu Tanjung Bidara, Melaka
  • Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan
  • Bukit Melawati, Pulau Angsa dan Bukit Jugra dan Balai Cerap Selangor di Selangor
  • Pantai Pasir Panjang, Manjong; Perak
  • Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang
  • Kampung Pulau Sayak, Pemandangan Indah Langkawi dan Menara Alor Setar di Kedah.
  • Di Terengganu ialah di Bukit Besar Kuala Terengganu, Bukit Kemuning, Kemaman, Pulau Perhentian dan Balai Cerap KUSZA, Setiu
  • Bukit Peraksi Pasir Putih, Bukit Kampung Tembeling Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC Kota Baharu di Kelantan
  • Bukit Tanjong Batu Nenasi, Gunung Berinchang Cameron Highlands dan Bukit Pelindong, Kuantan di Pahang
  • Tempat melihat anak bulan Syawal di Perlis ialah di Kuala Sungai Baru;
  • Menara Kuala Lumpur di ibu negara; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di Putrajaya
  • Tanjong Lubang, Miri, Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu di Sarawak
  • Balai cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil dan Menara Universiti Malaysia Sabah di Sabah

** Boleh juga lihat di Tarikh Melihat Anak Bulan Syawal 2011

** Nak duit raya ? Jom sertai contest dari Bro Denaihati di Duit Raya RM1000 untuk Rakan Blogger

Comments

  1. 467977 8128Some truly nice stuff on this internet site , I like it. 412158

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pin It on Pinterest