Taugeh-Bersama-Selamanya

TAUGEH-BERSAMA SELAMANYA

Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia

Hari ni aku update ringkas je,Semalam aku usha google, sambil dengar lagu di youtube,Last-last terjumpa pula lagu Bersama-Selamanya yang dinyanyikan oleh Taugeh.Lagu ni muncul pada tahun 2001,masa tu tengah top dengan sisipan majalah Ujang dengan kartun / komik yang bertajuk Bersama-Selamanya.Seperti entri yang lepas aku ada letak lagu yang dipopularkan oleh Taugeh juga iaitu Buat Member dari album Blues Untuk Aku.

Kali ni aku nak ajak korang layan lagu Bersama-Selamanya pulak,hehe
Jom layan

width=100%

Sulaman kasih terpaut di jendela

Haruman mekar kasturi
Mata mu merautkan wajah kau puteri
Menghilangkan resah syahdu
Bila kau hampiri

Lukalah hati ku bila tiada lagi
Kau kasih ku rindu
Bicara lalu terukir

Waktu berlalu pergi
Tak akan kembali selamanya

* Moga bersama selama-lamanya
Akan terbina
Mahkota yang dipohonkan sempurna
Hanya yang esa kan dapat memahami
Putihnya cinta ku harapkan sejati
Moga terbuktilah selamanya kitakan
Bersama selamanya

Solo

Tuhan ku restulah
Cinta suci ini
Pohon ku bukalah
Jalan tuk bersamanya

Agongnya cinta ini
Akan bersama-selamanya

Ulang * 2x

Lagu: M. Nasir
Lirik: Taugeh

PENYANYI : Taugeh
GITAR : Hillary
BASS : Kelly
DRAM : Eddie Slam
KEYBOARD : Eddie Slam
PENYANYI LATAR : Kelly.

P/S : “Listen, enjoy and bang your head to whatever you want… it’s your head! Har! Har!… and remember… you know who you are! Thanks, you rock!” – Gayour Album ini dihasilkan sempena tamatnya penyiaran kartun bersiri berjudul Bersama Selamanya karya Gayour yang pernah diterbitkan dalam majalah Ujang. Kartun tersebut mengisahkan tentang suka duka kehidupan para pemuzik sambilan dan rintangan yang terpaksa mereka tempuhi untuk mencapai cita-cita mereka. Album ini cuma dipasarkan melalui kedai-kedai buku dan majalah yang menjual koleksi kartun Bersama Selamanya sahaja.

P/S 2 : Aku masih menyimpan lagi majalah Bersama-Selamanya dan pita kaset vol 1,kalau nak cari sekarang ni memang tak jual lagi la,heheh sayang woo

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pin It on Pinterest