TeamViewer (Perisian Untuk Mengawal PC Orang Lain)

Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia

Jika pada satu hari..pc anda mengalami masalah ,tapi tak tahu nak minta pertolongan sesiapa …walhal pada waktu tengah malam…Anda juga ade kawan yg tinggal 10 batu jauhnyer dari rumah anda memandangkan kawan anda itu seorang juruteknik komputer,jadi apa yang anda perlu lakukan ialah hubungi kawan anda dan mempunyai sambungan internet ,kemudian anda boleh download perisian Team Viewer di link ini

Jika selesai download ,Rakan Anda boleh membantu dengan akses dan kawal PC anda secara online menggunakan software seperti TeamViewer. Software ini haruslah dipasang pada kedua-dua buah komputer .Berikut saya akan tunjukkan langkah-langkah untuk menggunakan TeamViewer ini. Andaikan bahawa PC yang bermasalah adalah PC anda, dan PC Kawan anda akan digunakan untuk mengawalnya.

Cara-cara untuk Menggunakan TeamViewer adalah seperti berikut :-

1. Download di link seperti di atas tadi dan lancarkan TeamViewer pada kedua-dua PC.

2. Untuk tutorial ni saya sarankan guna run sahaja,tak perlu install di pc (seperti gambarajah di atas)

3. Tick di ruang “I accept the terms of the Agreement“. Kemudian Next.

4. Anda akan diberi nombor lapan digit berserta password (rujuk gambar di atas)

5. Masukkan nombor dan password tersebut pada PC kawan anda dan klik pada butang “Connect to partner”

6. Kini kawan anda dah boleh lihat dan kawal PC anda. Setelah selesai, hanya tutup sahaja TeamViewer ini untuk menamatkan sesi.

P/s : Untuk Maklumat Lanjut Boleh pergi web rasmi TeamViewer di sini

Comments

  1. It’s remarkable in favor of me to have a website,
    which is good in support of my know-how. thanks admin
    funky recently posted..funkyMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pin It on Pinterest