Tema Hari Kemerdekaan 2011

Assalamualaikum

Setiap tahun Negara kita, Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan pada setiap 31hb Ogos. Namun pada tahun ini Sambutan Hari kemerdekaan ke 54 pada tahun 2011 akan ditunda ke tarikh 16hb September dimana ianya akan diadakan serentak dengan Hari Malaysia.Menurut sumber dari Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, ianya adalah disebabkan tarikh kemerdekaan pada tahun ini jatuh pada penghujung Ramadan.Untuk Tema Hari Kemerdekaan ke 54 tahun 2011 ialah “ 1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera ”,manakala Tema Hari kemerdekaan ke 53 pada tahun lalu (2010) ialah “1 Malaysia Menjana Transformasi”

Maklumat Tentang Tema Dan Logo Hari Kemerdekaan 2011

1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI

Melambangkan visi Negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan Negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Video Sempena Kemerdekaan 2011

Hands (PETRONAS Raya Merdeka 2011)

Kredit kepada PETRONASOfficial

Iklan Merdeka 2011 Cermin Mata Atuk

Kredit kepada MikeLayarTV

Antara Program Keceriaan yang dijalankan sepanjang Bulan Kemerdekaan ini memfokuskan Pengibaran Jalur Gemilang di kawasan, bangunan dan premis dengan menggunakan daya kreativiti untuk membantu meningkatkan penghayatan orang ramai terhadap erti kemerdekaan.Terdapat tujuh kategori yang dipertandingkan iaitu :

  • bangunan kerajaan
  • bangunan swasta,
  • kampung (tradisi, kampung baru cina, kawasan Estet, Felda),
  • sekolah (Menengah, kebangsaan, jenis kebangsaan),
  • taman perumahan,
  • individu
  • pintu gerbang.

Tarikh pelaksanaan / pengibaran Jalur Gemilang : 1 Ogos sehingga minggu ketiga Ogos,

Penilaian bermula dari 31 Ogos sehingga 16 September 2011 meliputi aspek kreativiti, daya tarikan dan nilai tambah. Maklumat lanjut mengenai pertandingan itu boleh didapati di laman web Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan di sini.

P/S : Selamat Menyambut Kemerdekaan Yang Ke 54 kepada semua rakan-rakan dan juga pengunjung blog ini, 1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI..MERDEKA !!!! MERDEKA !!!! MERDEKA !!!!

Comments

  1. What’s Happening i am new to this, I stumbled upon this I’ve discovered It positively useful and it has
    aided me out loads. I am hopoing to give a contribution & aassist
    ifferent customwrs luke its aided me. Good job.
    http://standingperditi74.soulcast.com/9001/Alloy-Wheel-Refurbishment recently posted..http://standingperditi74.soulcast.com/9001/Alloy-Wheel-RefurbishmentMy Profile

  2. 744819 538385Sweet internet web site , super layout, real clean and utilize pleasant. 662798

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pin It on Pinterest