Tempah Maut

KUALA LUMPUR: Tidak ada pilihan. Demikian alasan segelintir penduduk Pangsapuri Putra Ria dan Abdullah Hukum di sini, yang mempertaruhkan nyawa mereka melintas landasan kereta api yang dianggap jalan pintas.

Setiap hari sekurang-kurang 30 penduduk terutama pelajar di tiga sekolah berhampiran menggunakan laluan ‘alternatif’ itu untuk pergi dan balik ke sekolah serta ke tempat kerja dengan alasan mahu menjimatkan masa dan tidak perlu berpusing jauh.

GADAI NYAWA…pelajar melintas landasan kereta api berhampiran Pangsapuri Putra Ria, Bangsar.

Tinjauan Metroplus mendapati, pagar penghadang landasan terbabit yang didirikan bagi mengelak diceroboh orang awam dipotong bagi membolehkan mereka melintas.

Landasan kereta api di situ laluan perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan gerabak barangan untuk ke Seremban dan Pelabuhan Klang.

Tinjauan turut mendapati tiada papan tanda amaran di kawasan berkenaan bagi melarang aktiviti menggunakan landasan kereta api sebagai tempat melintas. Penduduk, Mohd Syah Sulong, 45, berkata walaupun menyedari tindakan itu menyalahi undang-undang, malah boleh meragut nyawa, namun beranggapan mereka tiada pilihan.


Malah, dia mendakwa kerja pembinaan jejantas bagi kegunaan mereka tidak mungkin dilakukan pihak berkuasa tempatan (PBT) memandangkan terdapat pencawang elektrik berhampiran kawasan terbabit. “Sejak 1960-an, laluan ini dijadikan jalan pintas oleh penduduk setempat. Tidak mungkin pihak berwajib mahu membelanja jutaan ringgit membina jejantas di kawasan ini.

“Jika hendak dibina tembok pula, pembinaan perlu dilakukan dari hujung jalan. Kos untuk membina tembok pun sudah ratusan ribu,” katanya.

Bagi pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan La Salee, Tamliselven Tanggachami, 17, keadaan itu disifatkan tidak memberi masalah kepadanya yang sudah biasa melalui laluan terbabit selama tiga tahun.

Orang luar mungkin akan beranggapan tindakan kami ini membahayakan keselamatan diri, tapi ini saja jalan untuk kami ke sekolah. Kami sudah biasa dengan cara ini, ia lebih mudah.

“Kebanyakan kami enggan menggunakan jalan besar kerana ia jauh dari sekolah dan sekiranya kami menggunakan motosikal ia lebih membahayakan keselamatan kerana laluan sesak setiap kali waktu puncak,” katanya.

Suri rumah, Nik Yah Nik Hassan, 37, yang tinggal di Kuarters Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), berkata dia akan memimpin tangan kedua-dua anaknya yang belajar di Sekolah Agama Putra Ria melintas demi keselamatan mereka.

“Saya risau juga sekiranya kanak-kanak menjadikan kawasan landasan kereta api ini tempat bermain.

“Kalau hendak menggunakan jalan besar, saya perlu ada kenderaan dengan masa perjalanan 15 minit berbanding menyeberang landasan kereta api ini yang mengambil masa kurang lima minit,” katanya. Sementara itu, Pegawai Kanan Koperasi Korporat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Mohd Fazil Ismail, berkata walaupun terdapat Akta Keretapi yang membolehkan individu didenda RM1,000 jika menceroboh landasan, namun pihaknya masih berlembut dengan orang ramai.

“Kami lebih gemar menekankan pendekatan mendidik melalui kempen di kawasan flat terpilih mengenai kesalahan menceroboh kawasan KTMB. Namun, ini tidak bermakna kami akan menutup mata pada kesalahan mereka,” katanya.

Beliau berkata, beberapa usaha penyelesaian akan diambil bagi membendung gejala menceroboh kawasan KTM sehingga membahayakan keselamatan orang awam.

“Pertama kami memohon supaya orang ramai menghentikan tindakan terbabit sama ada melalui kesedaran sendiri atau selepas tindakan di ambil dan membina pagar dengan menggunakan bahan lebih berkualiti.

“Kedua, sekiranya tiada pilihan, KTMB akan membina tembok dengan sistem saliran air yang bagus, selain berharap ada bantuan disalurkan kerajaan,” katanya. Mengulas idea untuk membina jejantas di kawasan pencawang elektrik, Mohd Fazil mendakwa keluasan tanah di sekitar landasan perlu diambil kira untuk pembinaan jejantas, selain kos dan sikap orang awam yang malas menaiki tangga.

Menurutnya, sepanjang tahun lalu, terdapat satu kes kemalangan dilaporkan yang mengakibatkan seorang warga emas cedera akibat dilanggar kereta api dan untuk 2009, tidak ada kemalangan membabitkan kereta api sepanjang laluan Pantai Dalam menghubung KLCC.

Petikan Dari Harian Metro

P/S : memang bahaya laluan “alternatif” ni,silap haribulan memang boleh tergadai nyawa,komen anda macam mana pula yer ?

Comments

  1. Hello i am kavin, its my first time to commenting anywhere, when i read
    this post i thought i could also create comment due to this good paragraph.
    พนันบอล recently posted..พนันบอลMy Profile

  2. Thanks for sharing such a good idea, paragraph is fastidious, thats why
    i have read it entirely
    acciones binarias recently posted..acciones binariasMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pin It on Pinterest