Tips Menjaga Laptop Anda

Assalamualaikum Semua

Kali ni aku nak berkongsi Tips Menjaga Laptop Anda.Laptop memang senang untuk di bawa kemana-mana ,jadi perlu juga menjaga perkakasan dan kebersihan laptop tersebut agar sentiasa boleh di guna tanpa sebarang masalah.

Di bawah ni terdapat tips-tips untuk menjaga laptop

1. Bateri

* Elakkan daripada penggunaan bateri.

* Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri.

* Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adapter.

* Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula.

* Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.

2. Papan Kekunci.

* Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk.

* Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak.

* Kalau boleh gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.

3. Skrin LCD

* Lapkan ia selalu kerana mudah dimasuki habuk.

* Gunakan screen saver.

* Power management setkan pada ‘Turn Off monitor in … minutes’.

* Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan.

* Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan ‘Dead pixel’.

4. Haba Panas

* Pastikan komputer riba anda ada ruang untuk mengeluarkan haba panas.

* Perlu diingat komputer riba mempunyai ruang simpanan yang kecil.

5. Surge Protector

* Fungsinya sebagai menjaga perisian dan perkakasan daripada rosak.

* Disyorkan jenama APC, BELKIN atau TARGUS.

* Kelebihan APC – mempunyai bateri simpanan, line protection (tiada elektrik tapi masih boleh dihidupkan lagi) dan mempunyai amaran kehabisan bateri.

* Kelebihan lain Surge Protector ialah menjaga HDD dan Power Supply.

6. Port

* Sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk.

* Gunakan berus atau berus gigi lama.

* Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pin It on Pinterest