Tips Pemilihan Hosting

Assalamualaikum

Mengikut sumber yang disediakan oleh laman web Wikipedia, Hosting bermaksud satu ruangan khas yang ditempatkan di dalam di dalam web server ataupun pelayan web yang disediakan oleh syarikat pembekal servis ini. Web Server ialah komputer yang berkuasa tinggi yang mampu untuk melayan beribu-ribu permintaan pengguna dalam satu-satu masa. Web Server juga akan disambungkan ke internet sepanjang hari selama 24 jam supaya ia dapat diakses setiap masa. Kebiasaannya Web Server atau ada juga yang memanggilnya Data Center yang terkenal terletak di luar Negara. Di Malaysia juga telah ada syarikat yang menyediakan Web Server.

Jika anda mahu memiliki laman web, maka hosting perkara wajib yang anda perlu miliki. Seperti sesebuah perniagaan kedai runcit yang kita hendak jalankan, maka tapak kedai juga harus dimiliki. Laman web szettabytes.com ini contohnya telah dihoskan menggunakan web server yang terletak di Cyberjaya, Malaysia. Lihat, bukan orang barat sahaja mampu ada web server sendiri, malahan di negara kita sendiri telah mempunyainya.


Perkhidmatan web hosting hari ini boleh dikatakan murah berbanding tahun-tahun sebelum ini. Dengan kos kurang RM15 sebulan (mengikut kiraan hosting saya gunakan sekarang ni), anda sudah boleh memiliki web server sendiri bagi tujuan persendirian mahupun perniagaan. Contohnya kos untuk laman wazy84.com ini, saya membelanjakan lebih kurang RM150 setahun termasuk sekali dengan domain name. Murah bukan ? Jika menjalankan perniagaan runcit, sewa kedai sahaja mungkin mencapai RM700 sebulan sahaja. Itulah kelebihan perniagaan internet berbanding perniagaan konvensional.

Faktor-faktor yang perlu diutamakan dalam pemilihan Web Hosting

Jika laman web anda hanya mengandungi halaman HTML semata-mata, anda tidak perlu bimbang jenis sistem operasi yang digunakan. Jika laman web anda mengandungi kandungan dinamik yang memerlukan akses pangkalan data (database), anda mungkin perlu membuat keputusan pada teknologi yang harus digunakan bagi laman web anda.

Berikut adalah ciri-ciri penting yang perlu anda tahu sebelum memilih Web Hosting.

1. Sistem Operasi (OS) – Pastikan jenis sistem operasi yang digunakan (Windows, Unix, Linux). Linux adalah yang terbaik.Boleh rujuk di Perbezaan Antara Linux Hosting Dan Windows hosting

2. Ruang Cakera (Disk Space) – Berapa jumlah ruang cakera yang disediakan. Ruang cakera disukat dalam bytes, megabytes (MB), atau gigabytes (GB). Bagi laman web berskala kecil yang mengandungi tidak lebih dari 100 halaman tanpa imej dan fail video, ruang cakera 25 MB sudah memadai.

3. Jalur Lebar (Bandwidth) – Berapa jumlah jalur lebar yang disediakan dalam sebulan. Jalur lebar ialah sukatan bagi jumlah kuantiti pemindahan fail yang berlaku apabila pengguna mengakses fail-fail sesebuah laman web. Bagi laman web yang kurang dikenali ramai dengan jumlah trafik yang rendah, 1-2 GB sebulan adalah mencukupi.

4. Akses FTPAkses FTP adalah perlu bagi membolehkan anda memuat naik (upload) fail-fail web ke dalam server. Sesetengah web hosting (biasanya yang percuma) tidak menawarkan akses FTP.

5. Sokongan Pelanggan – Kriteria ini amat perlu sebelum memilih web hosting. Samada melalui emel, telefon atau live chat anda boleh mencubanya sebelum mendaftar perkhidmatan mereka. Perhatikan cara mereka memberikan jawapan dan kepantasan menjawab semasa memberikan respon.

6. Jaminan UptimeJaminan uptime sekurang-kurangnya 99.5% adalah perlu bagi sesebuah laman web. Uptime 100% mungkin akan melibatkan kos yang tinggi, bagaimanapun elakkan jaminan uptime yang kurang dari 99.5%.

Nota :

HTML ialah Hyper Text Markup Language.File HTML adalah file teks yang mengandungi markup tags. * Markup tags akan memberi tahu pencari web (web browser) panduan untuk memaparkan “page” laman web. * File HTML mempunyai htm atau html sebagai “extension”. Contoh (index.htm atau index.html)

FTP ialah Files Transfer Protocol.Digunakan untuk menghantar(upload) apa jua sekali pun,samaada file,software,lagu di tempat yg dipanggil “hosting” dan juga digunakan untuk upload website di web hosting.
FTP dan HTTP adalah protokol untuk penghantaran data.Contoh software FTP ialah filezilla dan cuteFTP.

HTTP ialah Hypertext Transfer Protocol ,merupakan suatu protokol yang menentukan aturan yang perlu diikuti oleh Web browser dalam meminta atau mengambil suatu dokumen, dan oleh Web server dalam menyediakan dokumen yang diminta untuk mengakses dokumen HTML. Jika anda sedang menjelajahi Web dan melihat tulisan seperti http://www.disney.com/ atau http://*******/ ini merupakan salah satu penggunaan protokol HTTP dalam web. Dan dapat dipastikan bahawa anda akan berhubungan banyak dengan protokol ini jika sedang mengakses Web.

DNS ialah Domain Name System. Komputer-komputer di Internet menggunakan suatu format penamaan standard untuk mempermudahkan pengelolaan server komputer di Internet yang berkembang dengan cepat. Sistem penamaan server komputer ini adalah Domain Name System (DNS). DNS membuat suatu peringkat domain, yang merupakan kelompok komputer-komputer yang menghubungi ke Internet seperti domain .com – organisasi komersial / .edu – lembaga pendidikan / .gov – lembaga pemerintah atrau dikenali laman web kerajaan / .net – pembekal internet atau network / .mil – organisasi militeri atau pertahanan / .org – organisasi umum.

URL ialah Uniform Resourse Locator .URL adalah suatu sarana yang digunakan untuk menentukan lokasi informasi pada suatu Web server, URL dapat diibaratkan sebagai suatu alamat, dimana alamat tersebut terdiri dari protokol yang digunakan oleh suatu browser untuk mengambil informasi,Nama dari komputer di mana informasi tersebut berada dan Jalur serta nama file dari suatu informasi.

Berikut ini adalah contoh dari URL :
http://www.wazy84.com/flash/index.html
dimana :
– http adalah protokol yang digunakan
– wazy84.com adalah nama dari server komputer
– flash adalah jalur dari informasi yang dicari
– index.html adalah nama file dimana informasi itu berada.

Kredit : http://sharudin.co.cc/v1/hosting/tips-pemilihan-hosting/

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pin It on Pinterest