Tips Penjimatan Minyak Kereta

Assalamualaikum

Agak lama juga tak buat entri pasal tips dan penjagaan kereta,ketika mencari info untuk update blog,terjumpa artikel bertajuk Tips Penjimatan Minyak Kereta.Mungkin di dalam situasi sekarang ni,ramai yang mengeluh minyak asyik naik bukan ? Kepada mereka yang sering ulang-alik ke tempat kerja pun mengalami situasi yang sama.

Di sini saya ingin berkongsi 20 cara praktikal secara ringkas dan padat untuk menjimatkan minyak petrol anda dengan mudah. Kita boleh jimat petrol lebih banyak jika mengetahui dengan lebih mendalam mengenai pelbagai bahagian teknikal kenderaan yang sememangnya berkait rapat antara satu sama lain.

Panduan ini merupakan asas sahaja untuk orang biasa, sekurang-kurangnya ia membolehkan kita lakukan sesuatu supaya mendapat lebih petrol dengan setiap sen yang kita belanjakan.

CARA #1

Isi minyak di waktu awal pagi atau di waktu suhu sejuk. Ini kerana ia mempunyai kapasiti lebih banyak cecair petrol pada waktu sejuk berbanding waktu panas siang hari yang banyak wap sahaja.Sekiranya anda perhatikan, jika isi minyak di waktu tengah hari petrol akan meruap lebih cepat dan membuatkan ia dapat dibau dengan terlalu ketara.Oleh dengan itu, bagi mengurangkan kerugian petrol anda hilangditelan angin hendaklah jadikan amalan mengisi petrol di awal pagi atau ketika cuaca sejuk.

CARA #2

Isi minyak dengan perlahan-lahan (tidak berterusan)supaya cecair petrol dapat masuk sepenuhnya ke dalam tangki dan mengurangkan fenomena wap petrol meruap bebas akan membazirkan minyak anda.

CARA #3

Isi minyak semasa tangki separuh penuh. Ini kerana lagi banyak baki minyak dalam tangki akan mengurangkan kapasiti ruang udara sekaligus anda akan dapat lebih petrol dalam tangki yang lebih optimum.

CARA #4

Kurang beban atau berat -Jangan bawa barang yang tidak perlu (kereta anda bukan stor). Penambahan berat sebanyak 50 kilogram meningkatkan penggunaan minyak sebanyak dua peratus.

CARA #5

Perhatikan tayar anda, mesti ada tekanan angin mesti betul. Jika tidak, penggunaan minyak bertambah lima peratus kerana geseran lebihan.

CARA #6

Penyelenggaraan – Penalaan enjin yang teruk meningkatkan penggunaan minyak hingga lebih 50 peratus. Jangan malas check tahap palam pencucuh, tali kipas dan penapis udara diperiksa
secara berkala.

CARA #7

Kelajuan – Lebih perlahan anda memandu, lebihjimat minyak digunakan (dan tidak disaman).Memandu melebihi 90 kilometer sejam (km/j) akan meningkatkan dengan ketara penggunaan minyak Secara perbandingan, pada kelajuan 100 km/j,penggunaan minyak bertambah 10 peratus, 105 km/j (15 peratus) dan 110 km/j (25 peratus).Ia berbeza bagi setiap cc kereta, lagi tinggi cc lagi banyak minyak dibakar.

CARA #8

Jika kereta tidak bergerak, matikan enjin jika sekadar menunggu seseorang. Elakkan menekan pedal minyak enjin ketika kenderaan tidak bergerak..

CARA #9

Penggunaan gear – Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan. Menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi menyebabkan pembaziran minyak kerana enjin menjadi lebih pantas. Jangan malu-malu menggunakan mod ekonomi  jika kereta anda memilikinya.

CARA #10

Brek – Jika anda sudah tahu di mana hendak berhenti, perlahankan kenderaan secara beransur-ansur.Elakkan brek mengejut.

CARA #11

Perancangan – Rancang perjalanan untukmengelakkan kesesakan lalu lintas. Ini menjimatkanmasa, wang dan mengelakkan tekanan.Anda juga boleh buat multi task kerja anda.. iaitu dgn memaksimumkan sebaik mungkin satu perjalanan dgn
pelbagai kerja.. misalnya balik kerja dari opis boleh singgah beli barang rumah kat memana berdekatan.Jadi pada hujung minggu dah tak perlu lagi nak kuar keretalagi.. minyak pun jimat…

CARA #12

Minimum – Kurangkan perjalanan jarak dekat keranaini meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 40 peratus. Kalo dah terlalu dekat elok guna basikal atau motosikal saja berbanding kereta.

CARA #13

Tak perlu pasang aircond kereta kalau cuaca dah sejuk..atau matikan aircond apabila dah nak dekat sampai destinasi. Penggunaan minyak bertambah 10% apabila menggunakan aircond.

CARA #14

Jangan merempit cilok sana sini.. Kalau boleh perlu bijak tekan pedal accelerator denganberhemah.. kalau nak jimat kenalah bawa bersederhana tak payah laju-laju.. yang penting rileks dan steady saja.. Kalau nak racing gi masuk Sepang Circuit…

CARA #15

Pastikan tingkap kereta ditutup semasa memandu utk melancarkan pergerakan kereta. Jika tidak, kereta anda akan bertambah geseran dan perlahan dan menyebabkan anda menekan minyak lebih byk untuk bergerak.

CARA #16

Kurangkan perjalanan kereta semasa waktu peak hour.. kalau di Kuala Lumpur biasanya pegi awal kerja sebelum jalan utama sibuk. Sbb bila jem, makin kuat minyak habis terutamanya auto. Kalau boleh guna kereta manual.. bagi mereka yang nak jimatlah.. kalau auto ni memang makan minyak daripada manual.

CARA #17

Pastikan enjin berfungsi dengan baik dan sentiasa diservis … Tukar minyak pelincir mengikut jadual – selaras dengan cadangan pengeluar kenderaan. Dan juga gunakan minyak pelincir berkualiti tinggi untuk memaksimumkan keberkesanan enjin. Bab ini kena tanya mekanik yang lebih arif mengenai kereta anda.

CARA #18

Warming up enjin kereta anda sekurang-kurangnya 30 saat setelah enjin dihidupkan. Tak perlu tekan pedal untuk warming up kerana ia akan membazirkan minyak sahaja.

CARA #19

Guna NGV berbanding petrol. Sekarang ni NGV sudah semakin popular sejak kenaikan harga petrol. Sehingga kini banyak kedai NGV installer/conversion sudah kehabisan stok dan pelanggan terpaksa menunggu giliran. Apa yang bagusnya adalah anda boleh switch memana jenis minyak anda mahukan, sama ada NGV semasa di jalan bandar atau petrol semasa berada perjalanan jauh.Pemasangan NGV ni perlukan ruang di belakang kereta anda untuk letakkan tangki NGV dan ini akan makan space sedikit.Selain itu NGV lebih mesra alam dan kurang pencemaran berbanding petrol biasa. Harganya jauh lebih murah iaitu dalam lingkungan RM0.635 seliter. Untuk info lanjut, anda disarankan mencari NGV installer yang bertauliah dan dapatkan pandangan yang bolehdipercayai seperti di forum AutoWorld.

CARA #20

Tingkatkan pendapatan passive income anda…Sekiranya harga petrol naik 40%, ini bermakna anda perlu mencari pendapatan tambahan untuk penggunaan petrol kenderaan anda. Namun, jika anda sudah mulakanperniagaan sendiri, mempunyai passive income yang stable, maka ia tidak akan menjadi masalah di masa akan datang sekiranya harga petrol naik lagi.

Kredit : http://amnan85.ads4blog.net/2010/01/06/info-kereta-tip-penjimatan-minyak/

Comments

  1. Hey I am so grateful I found your blog, I really found you by accident, while
    I was looking on Google for something else, Regardless I am here now and would just like to say thanks for a marvelous post and a all
    round thrilling blog (I also love the theme/design), I don’t have
    time to read it all at the moment but I have book-marked
    it and also added in your RSS feeds, so when I have time I
    will be back to read a lot more, Please do keep up the fantastic work.
    yahootest6746.exteen.com recently posted..yahootest6746.exteen.comMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pin It on Pinterest