Tips-Tips Bercukur

Mencukur bulu janggut dan kumis sebagiannya merupakan kegiatan rutin para lelaki. Alasannya, selain untuk kebersihan, mencukur membuat wajah menjadi segar. Tetapi untuk mendapatkan hasil seksi memuaskan, ada beberapa tips yang bisa Anda lakukan agar tampak seksi memuaskan.

Pisau bermata pisau satu, dua atau tiga

Pilihan terserah Anda. semakin banyak mata pisau, semakin licin hasil cukuran. Kemudian, basuh jenggot Anda dengan air hangat sebelum bercukur supaya bulu-bulu muka dapat mengembang sedikit. Dengan begitu bulu-bulu muka menjadi lembut dan dapat dicukur dengan mudah. Bercukur di shower dengan cermin yang tidak berembun mempermudah bulu-bulu muka Anda mengembang lebih rata, dan itu keuntungan besar bagi Anda yang punya jenggot bandel.

Shaving Cream

Shaving cream melancarkan luncuran pisau di permukaan kulit , apalagi jika dikombinasikan dengan air hangat. Hasilnya Anda mencukur dengan lebih mudah dan hasil yang mulus. Anda bebas memakai jenis krim, gel atau foam. Pada umumnya, jika kulit Anda sangat peka, pakai krim atau gel. Jika kulit Anda agak kering atau kering di daerah jenggot, jangan gunakan foam.

Alat cukur elektronik atau biasa?

Keuntungan memakai pencukur elektronik adalah tidak memerlukan shaving cream dan membasahi muka terlebih dahulu. Mata pisau pencukur elektronik bentuknya bundar dan gerakannya berputar-putar. Maka dari itu, cara bekerjanya mencukur naik turun sambil berputar-putar. Tidak ada untung ruginya baik elektronik maupun pisau biasa. Semuanya terserah Anda.

Pembersih

Pembersih menghilangkan kotoran di permukaan kulit, minyak yang berlebihan dan sel kulit mati yang berkumpul dalam semalam dan menciptakan daratan kulit untuk Anda cukur besok paginya. Bersihkan wajah Anda sebelum bercukur, walaupun Anda bercukur secara elektronik atau pisau biasa.

Toner

Toner melengkapi proses pembersihan setelah bercukur, menghilangkan sisa-sisa, memperbaiki pori-pori dan kesehatan kulit supaya pelembab dapat diserap dengan mudah oleh kulit. Toner menggantikan penggunaan aftershave dengan menutup pori-pori tanpa menggunakan alkohol yang dapat membuat kulit terlalu kering.

Moisturizer/pelembab

Pelembab memberikan lapisan perlindungan tambahan bagi kulit Anda sehingga kulit kelihatan mulus dan terasa lebih lembut. Dan pelembab juga membuat penghalang terhadap polusi dan faktor lingkungan yang kita hadapi setiap hari. Selain itu pelembab melembutkan dan memuluskan kulit Anda agar tidak terjadi iritasi.

Sedikit Tambahan Untuk Tips-tips Bercukur

Bersihkan Muka

Sebelum bercukur anda sepatutnya memcuci atau membuang segala kekotoran dan daki di bahagian muka. Begitu juga bagi kulit yang berminyak. Cara ini akan membuang semua kotoran dan melicinkan muka anda sekaligus memudahkan anda bercukur.

Bahan Pelembap

Memang benar, air dapat mengembangkan pori-pori muka tetapi anda perlu melakukan langkah berikutnya. Anda perlu menggunkan bahan pelembap yang banyak terdapat di pasaran. Rasanya yang dingin serta mengandungi vitamin C dapat membersihkan muka. Ia dapat menanggalkan segala saki baki kotoran degil dan melembutkan bulu atau rambut yang hendak dicukur.

Gunakan Cermin

Bercukur bukan sahaja untuk bahagian muka malah meliputi kawasan yang anda perlu bersihkan. Untuk ini anda perlu berhati-hati terutama kawasan yang berhampiran dengan alat kelamin. Tetapi bagi kawasan yang tidak dapat diihat dengan jelas sebaiknya menggunakan cermin. Menggunakan 3 buah cermin lebih membantu anda.

Pisau Cukur Pelbagai Guna

Gunakan pisau cukur yang mempunyai mata berlapis. Bagi sesetengah kulit, muka elok menggunakan pisau cukur jenis ini. Selain mudah, ia juga lebih menjimatkan berbanding menggunakan pisau cukur bermata tunggal. Penggunaan pisau ini akan menjadi lebih lancar kerana stiap lengkung tubuh dapat dicapai olehnya. Dengan kemajuan teknologi, pelbagai bentuk pisau cukur telah dicipta. Hanya kebijaksanan anda untuk memilih pisau yang sesuai.

Jangan Cukur Ketika Muka Kering

Jangan bercukur dalam keadaan kulit kering. Anda patut menggunakan pelembap yang sesuai. Kompenon glycerin yang tedapat dalam losyen ini dapat menutup pori-pori dan melembapkan segala rambut atau bulu. Kulit yang kasar akan berisiko mendapat luka. Anda boleh memilih pelemap jenis krim atau buih.

Gunakan Berus

Gunakan berus yang sesuai untuk menyapu losyen atau krim pada bahagian yang hendak dicukur. Dengan menggunakan berus ia dapat meratakan losyen berbanding dengan jari. Sebaiknya berus berbulu halus dan lembut agar anda rasa lebih tenang dan selesa.

Teknik

Anda Boleh bercukur dengan mengguna pelbagai teknik asalkan mata pisau tertoreh kulit. Bagi rambut atau bulu yang panjang, cukur mengikut arah bulu itu. Bagi melicinkan kesan cukur atau bahagian rambut atau bulu pendek, cukur berlawanan arahnya. Ini akan memastikan bulu-bulu terpotong sehingga kedalam laiang. Anda patut mencuba teknik baru yang dapat memberikan keselesaan. Lakukan yang terbaik untuk anda. Ada lelaki yang bercukur setiap 2 hari. Bagaimanapun ini bergantung kepada berapa cepat bulu muka, janggut atau misai itu tumbuh.

Bilas

Selepas bercukur, bilaskan pisau cukur menggunakan air paip yang mengalir. Langkah ini dapat menanggalkan segala bulu atau rambut daripada mata pisau. Setelah itu anda boleh mengetuk pisau cukur pada pintu. Walaupun cara ini tidak dapat menanggalkan segala rambut yang melekat tetapi ia memudahkan dan menjimatkan masa anda. Sebaiknya gunakan mata pisau pakai buang.

Bersikap Tenang

Anda harus ingat, bahawa anda sedang menggunakan ‘senjata tajam’. Tersilap langkah, anda akan mendapat luka. Oleh itu anda perlu memberikan tumpuan sepenuhnya dan bersikap tenang. Jangan menekan terlalu kuat pisau ketika bercukur. Bagi anda yang baru tumbuh bulu atau misai, eloklah berlatih mencukur belon tanpa memecahnya!.

Gunakan Kedua-dua Tangan

Anda hendaklah menggunakan kedua-dua tangan ketika bercukur. Sebelah memegang pisau cukur manakala sebelahnya lagi bertindak sebagai co-pilot. Tangan co-pilot ini akan menekan kulit sebelum mencukur agar kawasan tersebut menegang.

Buat Perancangan

Anda tidak boleh mencukur sebarangan. Anda hendaklah menyediakan pelan sebelum mencukur. Seeloknya jika ingin mencukur di bahagian muka hendaklah dimulakan dibahagian bauk (sideburn) kemudian diikuti janggut atau misai. Setelah itu bercukur ke bahagian leher, seterusnya ke bahagian bawah sebelum ke bawah bibir. Anda boleh meninggalkan bahagian yang sukar dicukur terlebih dahulu sebelum menyambung kembali. anda hendaklah bercukur dalam keadaan santai. Bercukur seperti juga memandu di jalan raya kerana kelajuan membunuh.

Selepas Bercukur

Bersihkan muka menggunakan tuala yang bersih. Jangan sesekali menggunakan tuala yang anda telah guna. Ini kerana ketika ini kulit muka anda adalah cukup sensitif.

Rehatkan Kulit

Setelah bercukur, anda hendaklah membiarkan kulit muka anda dalam keadaan rehat dengan mengeringkannya. Cara ini dapat menutup kembali pori-pori kulit. Lotion atau aftershave colognew juga dapat membantu merehatkan kulit anda.

Luka

Sekiranya anda mengalami luka, jangan diteruskan pencukuran. Bersihkan luka itu dengan tisu terlebih dahulu sebelum kembali bercukur. Hanya titiskan dan sapu sedikit minyak gamat atau ubat luka. Tidak perlu pergi ke hospital kerana biasanya yang berlaku hanyalah luka kecil.

Kredit kepada : JomLayan.Com dan Mesra.Net

Comments

  1. 991013 837139I saw two other comparable posts although yours was the most beneficial so a whole lot 676451

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pin It on Pinterest