Tips Untuk Tidak Malas Update Blog

Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia

Sejak akhir-akhir ini saya lihat ramai blogger yang lahir dengan blog masing-masing.Pelbagai niche dan genre pun ada,jika dah ada blog tentu kita kena kemaskini atau update blog ye tak ?  Tak kisah la update sehari satu entri atau dua hari satu entri.Dan yang paling penting,blog anda sentiasa mempunyai perkembangan atau update terbaru.

Mungkin semua blogger dah melalui perkara ini termasuklah saya sendiri,iaitu penyakit Malas Nak Update Blog.Antara sebab-sebab terjadinya faktor tersebut mungkin terlalu sibuk dengan kerja atau urusan harian.

Di sini saya ingin berkongsi sedikit Tips Untuk Tidak Malas Update Blog,mungkin dah ramai rakan-rakan blogger mengamalkannya dan sedang mengamalkan salah satu tips ini.Antaranya ialah :-

Tentukan Hari Menulis Blog

Untuk tips ini,kita mesti tetapkan pendirian untuk menulis di blog contohnya pada setiap hari Isnin,Selasa Dan Rabu dapat menulis satu tajuk untuk dikongsikan oleh pelawat blog.Boleh juga untuk selang seli dua hari dengan satu entri,mana-mana pun tak kisah,janji kita boleh tumpukan penulisan di blog dengan lebih konsisten.

Buka Fikiran Dengan Perasaan “Ingin Berkongsi”.

Dalam hidupan harian, kita akan melalui pelbagai pengalaman. Setiap kali melalui apa sahaja pengalaman, tanya pada diri sendiri, “bagaimana nak kongsikan pengalaman ini di blog?” Secara sedar dan sengaja, buka kan minda dan sering tanya pada diri sendiri setiap apa yang terjadi, anda ingin kongsikan manfaatnya dengan orang ramai.

Bawa Buku Nota Ke Mana Sahaja.

Dapatkan buku nota kecil seperti buku 555 kerana ianya amat mudah di bawa ke mana-mana. Tetapi, setiap kali saya dapat idea nak kongsikan sesuatu di blog, saya akan catatkan nota dalam bulu nota saya.Catat nota in point form sahaja, tak perlu menulis seluruh entri. Tunggu hari-hari yang ditetapkan , kalau sempat letakkan idea-idea tersebut di draft dan tiba hari tersebut.baru tulis seluruh entri di blog.

Bina Blog Yang Membawa Topik Kegemaran Anda.

Update blog ini menjadi hobi yang menyeronokkan dan bukan kerja yang memenatkan.Jadi, pilih topik yang besesuaian dengan anda untuk blog. Disebabkan minat, sehingga kini masih menulis tanpa jemu.Mungki ada di kalangan rakan-rakan blogger yang mempunyai minat tertentu seperti fotografi,tutorial mengubahsuai gambar dan melancong ke tempat-tempat yang menarik.Ini juga boleh dapat dikongsikan bersama di dalam blog bersesuaian dengan minat masing-masing.

Update Dengan Gambar Tanpa Perlu Penerangan Yang Panjang Lebar.

Sejak akhir-akhir ini dah menjadi trend untuk update blog dengan gambar sahaja pada setiap hari Rabu atau dikenali sebagai Wordless Wednesday.Apa itu Wordless Wednesday ? Wordless Wednesday ini satu trend utk semua bloggers di alam Maya. Di mana setiap rabu semua bloggers membuat post tanpa apa-apa caption/penerangan/cerita dan sebagainya. Gambar mempunyai seribu maksud tak gitu ? Biar gambar yang menceritakan segala-galanya.Terdapat juga segelintir blogger membuat Mumble less Monday pada hari Isnin dan Semput Sunday pada hari Ahad.Pilihan di tangan masing-masing kerana bagi saya ini salah satu cara juga untuk update blog jika kekurangan idea.Entri ini juga boleh digunakan sebagai Live Blog,cuma yang membezakannya ialah Live Blog ,kita update menggunakan telefon bimbit terus ke blog melalui MMS.

Promosi Link Affiliate Yang Anda Sertai

Untuk tips ni saya dah lakukan pada beberapa entri sebelum ni,ternyata amat berkesan.Anda cuma perlu ceritakan serba sedikit perihal Affiliate yang anda sertai itu dan akhir sekali letakkan link refferal anda untuk pelawat klik dan baca.Sedikit sebanyak anda dapat menarik pelanggan baru untuk membeli produk melalui link Affiliate itu.

Lirik Lagu Dan Video Kegemaran Anda

Ok,di sini rasanya ramai dah buat untuk update blog.Jika anda minat lagu atau video kegemaran,apa salahnya letak di blog untuk perkongsian bersama pembaca.Dan paling penting jangan lupa sertakan sumber lirik dan video yahng anda ambil dan publish di blog nanti.

Buat Review Filem / DRama / Sukan / Destinasi Membeli-Belah Kegemaran

Saya rasa ramai yang suka update pasal ni kan ? Apabila kita buat Review Filem / Sukan / Destinasi Membeli-Belah Kegemaran,sedikit sebanyak dapat memberitahu pelawat blog tentang lokasi membeli-belah yang menawarkan jualan murah atau diskaun yang menarik,filem-filem atau drama terkini dan aktivi sukan sama ada dalam dan luar negara.

Sampai di sini sahaja dapat saya coretkan untuk rujukan rakan-rakan blogger sekalian,diharapkan tips-tips yang saya sertakan ini dapat menjadi panduan untuk update blog.

Sumber Asal :  Blues Tak Update Blog

P/S : Saya ubah sedikit tips ini supaya menjadi lebih mudah difahami dan mengikut trend terkini blogger.Selamat mencuba.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pin It on Pinterest