Tutorial Cara Tukar Kata Laluan Streamyx

Assalamualaikum…

Setelah sekian lama tak kemaskini blog pertama ini , akhirnya mood merapu meraban menulis datang kembali walaupun pada masa ini masih sibuk uruskna hal peribadi dan kerja . Ok berbalik kepada tajuk kali ini iaitu ” Tutorial Cara Tukar Kata Laluan Streamyx ” . Saya rasa sudah ramai yang menggunakan perkhidmatan Streamyx yang disediakan oleh Telekom Malaysia . Memandangkan saya baru sahaja mendaftar kembali akaun baru Streamyx , saya ingin kongsikan satu tutorial yang agak penting untuk keselamatan akaun Streamyx anda pada masa akan datang demi keselesaan anda dan keluarga semasa melayari internet .

Pada masa kini , terdapat pelbagai perisian atau ” Software ” yang membolehkan seseorang ” Crack ” atau menceroboh ” Password” atau kata laluna streamyx anda sama ada di rumah atau pejabat . Untuk menggelakkan situasi seperti ini , anda boleh segera menukar kata laluan yang disediakan oleh pihak Telekom Malaysia kepada kata laluan yang anda inginkan untuk tujuan keselamatan .

streamyx logo

Pertama sekali anda buka pelayar di komputer atau laptop dan taip alamat https://www.tm.com.my/Pages/Home.aspx

mytm

Kemudian pilih menu MyTM

mytm

Jika anda telah mendaftar di MyTM , langkah seterusnya anda boleh terus ” Login ” atau mendaftar masuk ke akaun MyTM anda di ruang Sign In to MyTm . Masukkan ” Username ” atau nama pengguna dan juga ” Password ” atau kata laluan yang anda gunakan semasa mendaftar kemudian klik ” Sign In ” atau Log Masuk .

mytm

Bagi anda yang belum mempunyai atau mendaftar MyTM pula , bolehlah klik di ” Register Now ” . Di sini anda perlu melengkapkan butiran seperti :

  • First Name ( nama anda )
  • Last Name ( nama bapa anda )
  • Email ( wajib untuk sebarang pengesahan akaun MyTm dan juga notis pemberitahuan di kemudian hari )
  • Password ( kata laluan anda )

Setelah berjaya mendftar atau log masuk ke dalam akaun MyTM anda , pilih di menu ” Services ” atau perkhidmatan . Di sini anda akan jumpa perkhidmatan yang anda langgan seperti telefon rumah dan pakej Streamyx .

1. Klik ” View Details ” , Kemudian anda akan jumpa ” To Change your Streamyx Password click here ” , anda perlu klik pada perkataan ” here

2. Seterusnya akan keluar satu tetingkap ” Change Streamyx Password ” .

3. Kemudian , anda perlu ” tick ” atau tandakan pada akaun streamyx anda , pastikan butiran log masuk adalah akaun streamyx anda ye .

4. Masukkan kata laluan atau ” Password ” anda yang baru di ruang ” New Password ” .

5. Masukkan sekali lagi kata llauan untuk mengesahkan kata laluan anda tadi di ” Confirm Password “.

6. Klik butang ” Submit

7. ( Your Streamyx password has been succesfully changed ) Tahniah , anda baru sahaja berjaya menukar kata laluan akaun streamyx anda . jadi anda kena ingat sampai bila-bila kata laluan baru tersebut ok 🙂

Setelah selesai menukar kata laluan baru , anda hendaklah mengkonfigurasi dimodem ADSL anda pula , dalam tutorial ini saya menggunakan modem jenama RIGER . ( setiap modem berlainan cara mengkonfigurasi ) .
Boleh rujuk di :

  1. https://forum.lowyat.net/topic/274809/all
  2. http://mywifipro.net/support/solutions/articles/1000052636-common-default-router-login-passwords
  3. http://smart-planet.blogspot.my/2010/11/streamyx-modem-routers-default-password.html
  4. https://www.google.com/webhp?sourceid=chrome-instant&ion=1&espv=2&ie=UTF-8#q=default+adsl++modem+login+malaysia

Untuk proses mengkonfigurasi Modem ADSL , anda perlu klik pada pelayar atau ” Browser ” sama ada di komputer atau laptop menggunakan rujukan yang saya beri tadi . untuk tutorial ini saya gunakan ( Modem RIGER dari TM ) http://192.168.1.1

8. Isi di ruang ” Login ” atau log masuk : tmadmin

9. Pada ruang ” Password ” atau kata laluan taip Adm@xxxx ( xxxx  merupakan 4 digit terakhir dari MAC ID modem )

10. Klik Log Masuk atau ” Login

Apabila sudah berjaya Log Masuk ke modem ADSL router anda , boleh lihat pelbagai menu di dalamnya .

Pilih ” Interface Setup “

Kemudian pilih ” Internet “

11 . cari Username akaun Streamyx anda , dan lihat di ruang ” Password “ , masukkan kata laluan yang baru anda tukar tadi di portal MyTM .

12. Klik ” Save ” untuk menyimpan konfigurasi kata laluan yang baru anda ubah tadi .

13. Seterusnya , pilih menu” Quick Start “ dan ke  ” Maintenance ” , akhir sekali klik ” SysRestart “ .

14. Klik pada ” Current Settings ” .

15. Klik ” RESTART ” .

Proses Restart atau Reeboot modem ASDL , tunggu sehingga habis ( 100% )

Setelah selesai , tunggu beberapa saat untuk modem menyala dan anda boleh layari internet seperti biasa . Saya akan update dari semasa ke semasa ” Tutorial Cara Tukar Kata Laluan Streamyx ” ini nanti .

Nampak mudah je kan ? Walaupun rumit dan teknikal sedikit , jika anda berani mencuba ia akan membuahkan hasil . Jika ada sebarang pertanyaan bolehlah beri komen pada ruang komen ye 🙂 . Selamat mencuba .

Comments

  1. very nice publish, i actually love this website, keep on it http://hellowh983mm.com

  2. I simply couldn’t go away your website before suggesting
    that I extremely loved the usual information a person supply
    on your guests? Is gonna be again ceaselessly to check
    out new posts

  3. Wow, wonderful blog layout! How long have you been blogging for?

    you make blogging look easy. The overall look of your website is excellent,
    let alone the content!

  4. Heya i’m for the primary time here. I found this board and I to find It truly
    helpful & it helped me out a lot. I hope to
    present something again and help others such as
    you aided me.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pin It on Pinterest