Tutorial Daftar Mediafire

Assalamualaikum…

Apa itu Mediafire ? Mediafire adalah media penyimpan  dalam talian atau storan awan (Cloud Storage)  yang menawarkan ruang sehingga 50gb kepada pengguna . Ia juga lebih kurang sama dengan Dropbox. Mediafire ini sesuai digunakan untuk menyimpan pelbagai dokumen kerja dan mudah untuk di akses dari mana-mana komputer , laptop dan juga telefon pintar .

Pada hari ini , saya akan tunjukkan langkah demi langkah untuk daftar di Mediafire.Untuk memulakannya,klik di sini untuk daftar akaun Mediafire anda secara percuma.

kemudian,ikuti langkah-langkah seperti di bawah :-

1. Klik Sign up,it`s free! .

2. Klik GET STARTED pada plan Free .

Tiba di bahagian pendaftaran ,

3. Isikan dengan First Name .

4. isikan juga Last Name .

5. Masukkan Email anda yang sah ( untuk pengesahan melalui email)

6. Masukkan password di bahagian Password .

7. Klik di bahagian I agree to the terms of Services

8. kemudian , klik CREATE ACCOUNT & CONTINUE

Anda akan jumpa halaman ” Registration Completed ! Thanks you for registering Mediafire !

Ok,setelah proses pendaftaran selesai , anda akan di bawa terus ke My File Page (rujuk gambar di atas)

9. Klik CONTINUE untuk ke paparan yang seterusnya.

10. Kini tiba pula di bahagian untuk pengesahan atau verify alamat email , pastikan email yang anda gunakan pada langkah nombor 5 aktif .

Gambar di atas menunjukkan email dan juga pautan untuk pengesahan pendaftaran , klik pautan yang diberikan .

11. Di halaman Email Address Verification , klik juga VERIFY EMAIL untuk pengesahan pendaftaran .

Setelah berjaya di dalam pengesahan email tadi , anda akan terus di bawa ke halaman My Files . kelihatan masih lagi kosong di situ, jadi anda perlu memuat naik atau Upload apa-apa sahaja dokumen untuk si simpan di dalam akaun Mediafire anda.

12. Klik ikon tersebut untuk proses memuat naik atau upload dokumen yang anda pilih .

Sebelum itu , anda perlu Create Sub Folder di dalam My Files supaya ia mudah di capai dan tersusun mengikut kategori pilihan anda .

Gambar di atas menunjukkan Sub Folder yang dibuat tadi berjaya dihasilkan . Di dalam tutorial ini , saya letak sebagai Dokumen Penting .

Di sini pula, anda akan terus ke halaman Sub Folder Dokumen Penting tadi .

13. Klik Add Files untuk memuat naik atau Upload dokumen pilihan anda .

14. Untuk memuat naik atau uplaod dokumen , anda mempunyai beberapa pilihan sama ada dari komputer ( From Computer ) atau dari laman web (From The Web ) .

15. Klik untuk memuat naik atau Upload dokumen

16. Setelah selesai , klik Begin Upload .

Gambar di atas menunjukkan proses memuat naik atau Upload .

Dokumen tadi telah pun siap di muat naik atau Upload .

Untuk berkongsi kepada kawan-kawan dokumen tersebut, boleh ke menu seperti pada gambar di atas . Jika telah selesai,anda boleh Log Out dari akaun Mediafire.

Gambar di atas menunjukkan , ruang untuk Log In ke dalam akaun MediaFire yang anda daftar tadi.Hanya perlu masukkan email ( email yang sama seperti pada langkah nombor 5 ) dan masukkan juga password ( password yang sama pada langkah nombor 6 ) .

Selamat mencuba,Sebarang pertanyaan bolehlah diusulkan di dalam ruang komen.

Comments

  1. It is such great post which is define really amazing by you !! Thanks !!

  2. Wonderful article on media player as I am using it for a long time.

  3. Mediafire is a very interesting and great service that allow you to store your photos, files, music and video on it in a folder and access it anywhere and anytime whenever you want it. Very nice tutorial given in this post.
    Singapore Golf Lessons recently posted..PerspectivesMy Profile

  4. 155716 86710Properly, that is excellent, yet consider further options weve got here? Could you mind submitting an additional article relating to them also? Numerous thanks! 513835

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pin It on Pinterest