Tutorial Memasang Microsoft Security Essentials

Assalamualaikum…

Agak lama tak update tentang software atau perisian di blog ni,memandangkan ada masa terluang,kali ni nak tunjukkan serba sedikit tentang Tutorial Memasang Microsoft Security Essentials.Apa itu Microsoft Security Essentials ? Untuk pengetahuan semua,Microsoft Security Essentials ialah Antivirus percuma dari microsoft yang melindungi dan menjaga Komputer dari serangan VIRUS,SPYWARE ataupun MALWARE secara REAL TIME.Microsoft Security Essentials atau dikenali sebagai MSE mudah di install atau dipasang,mudah di gunakan,dan menyediakan update real time ( bersama windows update).Microsoft Security Essentials membantu melindungi dan menjaga komputer anda secara real time.

Keperluan minima untuk memasang atau install Microsoft Security Essentials :-

  • Sistem Operasi : Windows XP Service Pack 3 (SP3)*; Windows Vista (Service Pack 1, or Service Pack 2)*; Windows 7*
  • Untuk Windows XP, CPU clock speed 500 MHz atau lebih dan 56 MB RAM keatas.
  • Untuk Windows Vista dan Windows 7, CPU clock speed dari 1.0 GHz atau lebih, dan 1 GB RAM keatas.
  • Paparan VGA 800 × 600 keatas.
  • Ruang hard disk 200 MB .
  • Sambungan internet bagi memudahkan proses memuat turun dan kemaskini.
  • Sistem operasi anda hendaklah “Genuine”

Jika komputer atau laptop anda menggunakan antivirus lain,saya sarankan supaya Uninstall terlebih dahulu bagi memudahkan pemasangan Microsoft Security Essentials ini nanti.

Untuk memuat turun Microsoft Security Essentials,bolehlah ke http://windows.microsoft.com/en-US/windows/products/security-essentials/download . Di ruang muat turun tersebut , anda boleh pilih pelbagai bahasa dan mengikut versi sistem operasi yang anda gunakan seperti Windows XP 32 Bit, Windows Vista / Windows 7 32 Bit dan Windows Vista / Windows 7 64 Bit.

Setelah siap muat turun,klik file mseinstall.exe

1. Klik Next untuk meneruskan proses memasang Microsoft Security Essentials.

2. Di bahagian Microsoft Software Lisense Terms,klik I Accept

3. Pada bahagian ini ada 2 pilihan,tapi saya sarankan anda pilih “I do not want to join the program at this time”

4. Di Optimize Security,tandakan di bahagian If no firewall turned on,turn on windows Firewall (Recomended).

5. Klik next untuk ke bahagian seterusnya

Proses pemasangan sedang berjalan.

6. Tandakan di bahagian “Scan my computer for potential threats after getting the latest updates“.

7. Klik Finish untuk menamatkan proses pemasangan.

Proses update atau mengemaskini sedang dijalankan

Proses imbasan di komputer sedang dijalankan setelah proses kemaskini tadi selesai.

Proses imbasan yang telah lengkap

Paparan di menu Home

Paparan di dalam menu Update

Paparan di menu history

Paparan di menu Settings

Mudah bukan ? terima kasih kepada rakan-rakan yang mengesyorkan Microsoft Security Essentials ini.Selamat mencuba.

Comments

  1. Grat article buddy, keep updating your page

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pin It on Pinterest