Tutorial Memasang Plugin Scroll To Top Di WordPress

Assalamualaikum Semua

Lama tak berkongsi tutorial untuk wordpress di blog ni.Ok dipendekkan cerita,semenjak menggunakan theme baru,banyak benda yang saya jumpa dan pada kali ni nak berkongsi tentang Tutorial Memasang Plugin Scroll To Top Di WordPress.


Contoh Scroll To Top yang siap dipasang

Fungsi Plugin Scroll To Top ni adalah untuk memudahkan pelawat di blog scroll blog anda di bahagian bawah kanan untuk melihat kesemua isi kandungan di muka hadapan blog (home page)

Antara kelebihan Plugin Scroll To Top ni ialah :-

  • Senang digunakan
  • Mempunyai Panel Option untuk :

** Gambar Imej Button (korang boleh pilih gambar yang korang     berkenan,hanya upload di hosting imej seperti iamgeshack atau pixelshack)

** Scroll Speed ( kelajuan scroll)

** Kiraan Scroll To Top muncul di blog mengikut baris perkataan

  • Serasi dengam wordpress versi 2.9.x hingga 3.1.x ( ketika tutorial ini ditulis,saya menggunakan wordpress versi 3.1.3)
  • Serasi dengan semua browser

Demo

Hanya hala halaman ke bawah (sekurang-kurangnya 350 piksel) untuk melihat “Scroll To Top” muncul di sebelah kanan bawah .

Muat Turun

Muat turun di sini atau di sini

Cara Memasang

Muat turun plugin tersebut seperti di atas

Apabila selesai muat turun plugin tersebut,sila extract menggunakan winrar di mana-mana lokasi komputer anda.

Masukkan kesemua fail yang ada di dalam plugin tersebut di dalam folder (/wp-content/plugins/) menggunakan FTP

Apabila selesai,aktifkan di WordPress Plugins admin


Gambar di atas ,sebelum plug in tersebut diaktifkan


Gambar di atas setelah plug in tersebut diaktifkan

Soalan Dan Jawapan Tentang Plugin Scroll To Top

  1. Bagaimana menukar imej button tersebut ?

    Di dalam wordpress admin page => setting =>Scroll to Top dan isikan url imej yang baru

  2. Macam mana menetapkan kelajuan scroll ?

    Masih lagi di ruang Scroll to Top settings page,Isi nombor pilihan anda di “Scroll Speed (in milisecond)” ,setting default adalah 800 milisecond

  3. Bagaimana saya menetapkan bilangan piksel penggunaan skrol harus dari atas halaman sebelum memudah kawalan ?

    Masih lagi di Scroll to Top settings page,Isi nombor yang anda ingini di ruang “The button appears after page scrolled down to line” setting default adalah 350 piksel

Maklumat lanjut boleh rujuk di web asal pembangun plugin ni di http://www.dynamicwp.net/plugins/scroll-to-top-plugin/

 

P/S : Selamat mencuba

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pin It on Pinterest